Jumaat, 27 April 2012

KELAS TAMBAHAN PPAI {PPTT} 2012 BERMULA

Bermula April 2012,SKRKT Seberang Tayor telah turut mengadakan kelas tambahan PPAI {PPTT} di bawah peruntukan Kerajaan Newgeri Terengganu yang melibatkan Kelas Peperiksaan UPSR.Seramai 39 orang murid dari tahun 6 sekolah ini akan mendapat faedah mengikuti Kelas Tambahan Percuma.

Sebanyak 4 subjek teras telah menjadi pilihan asa bagi sekolah ini untuk dijadikan matapelajaran pengajaran dalam PPAI 2012 ini iaitu Subjek BM Pemahaman dan Penulisan,Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains.

Diantara guru yang terlibat ialah bagi Kelas ^AK yang terdiri dari 22 orang murid ialah BM Cikgu Razali,SN Cikgu Noorazita,MT Cikgu Marfazilia dan BI Cikgu Sabariah,manakala kelas 6AR pula ialah BM Cikgu Salamiah,BI Cikgu Azlin,MT Cikgu Maslizawati dan Sains Cikgu Noorazita.

Kelas PPAI dibawah Pengurusan PK1 Pn Asmarani bt Abdullah diuruselia oleh Penyelaras PPAI iaitu Cikgu Mat Zaik.
 Pn Noorazita memberi penerangan tentang subjek yang diajar
 Murid sedang menjawab soalan
 Perbincangan secara berkumpulan
 Kelas  tahun 6AR
Masa rehat disedakan makanan

Kelas PPAI yang bermula April 2012 dijangka berakhir pada bulan SEPT 2012.

MINGGU PEN SENI:PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS DIJALANKAN

 Ustaz CW Fakrul mengagihkan pewarna kepada murid
 Murid tahap 2 memulakan kerja-kerja melukis
Mewarna lukisan yang telah siap

Pada 26 April 2012,tibalah kemuncak Minggu Pendidikan Seni apabila panitia Pendidikan Seni mengadakan Pertandingan Melukis bagi Tahap 2 dan Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 bertemakan Hari Ibu.

Khamis, 26 April 2012

MURID PRA BERSAMA IBUBAPA MELAWAT ZOO KEMAMAN

Bas MPK membawa murid pra

Pada Pagi ini,26 April 2012,seramai 25 orang murid Pra Sekolah bersama guru dan ibuabapnya telah berpeluang untuk turut serta Melawat Zoo Kemaman.Program yang diuruskan oleh Cikgu Pra iaitu Cikgu Harub Salleh bersama Pn Rafidah,mula bertolak ke Zoo Kemaman menggunakan Bas MPK pada pukul 930 pagi.Semoga lawatan ini memberi manfaat dan kenangan kepada Murid Pra Sekolah.

LARIAN MERENTAS DESA MERIAH SEKALI

Cikgu Dil beri arahan

Pada 26 April 2012,Khamis telah diadakan larian Merentas Desa peringkat sekolah yang mana melibatkan Murid tahap 1 dan tahap 2.Program yang bermula jam 815 pagi didahului dengan penerangan aturcara oleh Setiausaha Sukan Cikgu Mohd Fadzil Abdullah.Kemudian murid dibimbing untuk acara memanaskan badan melalui senamrobik ringkas.
 Murid memulakan senamrobik di dataran himpun
Guru Besar,En Kamarudzaman mengkalongkan Medal kepada penemang
Jam 830 pagi,Tuan Guru Besar En Kamarudzaman Hashim telah diberi penghormatan untuk melepaskan murid membuat larian mengikut tahun.Seramai 180 orang murid telah menyertai Larian Merentas Desa ini.

Murid membuat larian mengikut dua trek iaitu trek tahap 1 iaitu dilaluan bawah bukit peringkat 1 FELDA,manakala trek dua ialah laluan atas bukit FELDA meliputi trek lelaki sejauh 3.5 km dan trek perempuan sejauh 3 km.

Selesai larian pada jam 930 pagi,acara penyampaian hadiah dipengerusikan oleh Cikgu Mat Zaik dijalankan di Dewan Sekolah.Majlis sekali lagi disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.Dalam pungutan mata,Rumah Merah dan Rumah Hijau berkongsi mata iaitu sebanyak 131 mata manakala rumah biru mendapat 98 mata.

Selasa, 24 April 2012

GB DAN CIKGU SALAMIAH KE SK LKTP KOTA GELANGI 1 MELAWAT PENGURUSAN STF

 Barisan pelawat dari JPNT Terengganu
 Guru Besar,En Kamarudzaman Hashim bersama ahli lawatan lain
 Cikgu Salamiah (dua dari kanan)
Jamuan makan

Pada 13 April 2012,,Guru Besar SKRKT Seberang Tayor,En Kamarudzaman bin Hashim  bersama Cikgu Salamiah Jusoh penyelaras STF telah mengikuti rombongan guru-guru besar Terengganu yang berada di dalam FELDA melawat  ke SK LKTP Kota Gelangi 1 bagi meninjau perjalanan STF di sekolah tersebut.




Sabtu, 21 April 2012

BERSEKOLAH SABTU....GANTI RAYA HAJI

Pada 21 April 2012,Sabtu,SKRKTST sepertimana kebanyakan sekolah di Terengganu telah mengambil ketetapan untuk bersekolah pada hari ini bagi menggantikan hari yang akan dicutikan sempena Raya Haji.






Berkebetulan,hari ini telah dirancangkan dengan pelbagai aktiviti selain dari P & P.Antara aktiviti yang dijalankan ialah Latihan Merentas Desa melibatkan murid Tahap 1 dan 2 serta murid pra.

Jumaat, 20 April 2012

MURID TH 4 RKT TERIMA E-BOOK DARI YB HAKIM

En Mohd Lotfi bersama Penyelia Ebook sekolah DUN Ayer Puteh.

Pada 19 April 2012,bertempat di SMK Ayer  Puteh telah berlangsung Majlis Penyerahan E-Book kepada murid di DUN Ayer Puteh yang melibatkan murid di sekolah sekitar.Majlis yang bermula jam 900 pagi ini di rasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar,ADUN Ayer Puteh Kemaman.

Seramai 32 orang mrid tahun 4 dari SKRKT Seberang tayor telah menerima E-book pada hari tersebut yang mana semua murid ini diiringi oleh ibubapa penjaga masing-masing.Turut hadir dimajlis ini ialah Tuan Guru Besar En Kamarudzaman bin Hashim bersama PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid.

Penyelia E-Book SKRKTST,En Mohd Lotfi bin A Rashid bersama penyelia E-book dari seklah sekitar bertugas sebagai pemudahauturan bagi melicinkan perjalanan pembahagian E-book.Majlis berakhir jam 1100 pagi.

Sambutan Hari Jadi Murid.