Selasa, 12 Ogos 2014

SAMBUTAN JAMUAN HARI RAYA 2014 PENUH NOSTALGIA DI RKT

Pada 7 Ogos 2014,RKT telah mengadakan Sambutan Majlis Hariraya peringkat sekolah 2014.Sambutan ini adalah merupakan program tahunan sekolah ini yang mana ianya bertujuan meraikan hari yang Mulia Hari Raya.

Program yang dirancang lebih dari seminggu yang lalu,diatur sebegitu rapi dengan persediaan yang cukup teliti di bawah pengurusan PK Kokurikulum iaitu En Ruzaidi bin Ibrahim.Pembahagian tugas yang di agihkan memudahkan guru memainkan peranan masing-masing.

Persiapan untuk sambutan Majlis Hari Raya dimulai pada pagi 7 Ogos 2014 Khamis dengan penghantaran pelbagai juadah yang disediakan.Antara juadah raya yang disediakan ialah satey,lemang dan ketupat,tapey,laksa,pelbagai aneka air,buah-buahan,kueh mueh,nasi dagang dan lain-lain lagi.

Antara jemputan yang hadir pada sambutan kali ini ialah YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar serta kakitangan pejabat DUN Air Puteh,Wakil PPD Kemaman,En Mohd Asri bin Abd Rashid,Wakil Icon OFFSHORE En Mohd Amin,Pengurus Felda En Jamil bin Abbas serta kakitangan FELDA,Pengerusi JKKK FELDA Seberang Tayor En Halimun dan AJK JKKK FELDA,Pengetua SAR Seberang Tayor Tn Hj Ramli,Ketua Polis Balai Air Puteh Sjn Zulkifli,YDP PIBG En Zulkifli bin Abd Ghani bersama AJK PIBG,Pn Asmarani bt Abdullah bekas PK1sekolah ini,Guru Besar SK Pasir Gajah En Abd Rahim bin Salleh serta Guru Besar SK Ayer Puteh Pn Maznah bersama PK HEM En Nazarimi   dan dikalangan ibubapa.

Latarbelakang Program......ringkas tetapi menarik dari idea Pn Marfazilia
Juadah yang baru nak dihidangkan
AJK Makanan nak hidang makanan
Tengok apa tu Ustaz wehhhh
Murid menjamu kuih...
En Mohd Amin dan pegawai Off Shore...tetamu kita
Guru dan kakitangan RKT...ceria beb
Muriod menanti nak jamah hidangan
PK HEM tunjuk bakat...bravooooo
YDP PIBG diapit pentadbir sekolah
GB iringi YB dan kakitangan Pejabat DUN Ayer Puteh
Geng baju Kelabu.....
Cikgu lelaki RKT
Kumpulan Koir buat persembahan
PK HEM bersama Wakil PPD En Asri bersama YB
GB menyampaikan sumbangan duit raya
Jumputan...PK1 lama...Pn Asmarani {kiri}..terima kasih hadir
Murid menanti ....duit rayalah beb
Nak makan ni...bila nak start
Pengacara.....veteran punya
Pekerja kantin sekolah
Episod terakhir.....makanan lebih dibungkus-bungkuskan...
 
Majlis yang dihoskan oleh Cikgu Zaik pada hari ini diserikan dengan persembahan koir hari raya oleh kumpulan Koir dari Tahun 5B.Turut menyambut kehadiran tetamu ialah PK1 Pn Norazizan,PK HEM Cikgu Syed Amran dan PK Ko Cikgu Ruzaidi.Majlis yang berlangsung jam 1000 pagi berakhir jam 1245 tgh dengan majlis pembahgian duit raya oleh pihak pentadbir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.