Selasa, 5 Ogos 2014

PERHIMPUNAN PERTAMA SELEPAS CUTI HARI RAYA 1435H

Pada Ahad 3 Osos 2014,Sekolah ini telah mengadakan perhimpunan pertama bagi sesi selepas menyambut Hari Raya.Perhimpunan pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar serta nyanyian lagi Negaraku,Selamat Sultan dan Lagu sekolah.Kemudian ianya disusuli dengan lap[oran guru bertugas yang disampaikan oleh Cikgu Noorazita bt Razali.

Turut hadir dalam perhimpunan ini ialah Tuan Guru Besar,PK1,PK HEM dan PK Ko.Dalam perhimpunan ini,Tuan Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan meminta agar segala amalan yang telah dijalankan selama ini di sekolah ini diterus dan dijalankan seperti biasa.

Perhimpunan berakhir jam 815 pagi dan guru berkumpul untuk tazkirah ringkas oleh tuan Guru Besar selama 3 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.