Pada 8 Januari 2014,Selasa,bertempat di dataran himpun pagi,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan dan rasa gembira kerana seorang murid UPSR tahun 2014 telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan Pra Percubaan UPSR yang di adakan baru-baru ini.Turut bersama dalam majlis ini ialah Setiausaha UPSR Pn Noorazita Razali,Cikgu Zaki Guru Tahun 6 dan PK1 Pn Norazizan bt Abd Rahman.
Adik Nur Khairunnisa Akmal telah berjaya menempatkan diri sebagai murid pertama mendapat 5A mengatasi rakan-rakan yang lain.Selain itu Tuan Guru Besar juga turut menyampaikan hadiah kepada murid Tahun 5B iaitu Adik Nur Khairin Dania bt Jamaluddin yang berjaya mendapat 4A1B dalam peperiksaan pertengahan tahun baru -baru ini.Kepada kedua orang murid ini,penulis ucapkan tahniah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan