Khamis, 3 Julai 2014

HARI IBUBAPA MENANDATANGI BUKU PELAPORAN KEMAJUAN MURID DI BAWAH PROGRAM TEMU MURNI IBUBAPA GURU KALI 1 /2014

Pada 3 Julai 2014,Khamis jam 1200 tengahari,Unit Kurikulum di bawah Pn Norazizan bt Abd Rahman PK1 telah mengadakan Hari Temu Murni Ibubapa bersama Guru untuk datang menandatangi buku pelaporan kemajuan murid bagi peperiksaan Penggal Pertama yang lalu.

Program ini adalah bertujuan memberi ruang dan peluang ibubapa murid berbincang bersama guru kelas untuk mendapatkan maklumbalas pencapaian anak-anak mereka di dalam peperiksaan.Anyata kelas yang terlibat ialah kelas Tahun 5B di bawah seliaan Cikgu Norehan,Tahun 4B di bawah seliaan Ustazan Wan Suryani,Tahun 3B di bawah seliaan Ustazah Pn Zurina,Tahun 2B di bawah seliaan Cikgu Pn Nornazifa dan Tahun 1B di bawah seliaan Cikgu Norsyazwina.Majlis berakhir jam 100 tengahari dimana ibubapa yang hadir dibenarkan membawa pulang anak-anak mereka bersama.

 Ibubapa menanti di luar bilik darjah
 Menyerahkan keputusan anak....
 Guru kelas melayani ibu yang hadir
 Ustazan Zurina memaklumkan keputusan kepada bapa murid
 Menanti giliran
 Kaum bapa yang hadir
Membawa anak pulang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.