Rabu, 13 November 2013

GOTONG ROYONG KAUM BAPA ANGKAT BARANG MUDAH ROSAK HADAPI BANJIR

 Kehadiran kaum bapa
 PK Ko Cikgu Ruzaidi bersama bapa yang hadir
 Mengangkat barang yang mudah rosak
 Hampir selesai......angkat kanopi rumah sukan
 Jamuan ringan
Tuan Guru Besar rancak bercerita

Pada 7 November 2013,Khamis ,pihak sekolah bersama guru dan AJK PIBG beserta kaum bapa seramai hampir 20 orang telah hadir untuk bersama bergotong royong mengangkat barang yang mudah rosak bagi menghadapi banjir.

Antara tempat yang menjadi lokasi gotong royong ialah bilik makmal komputer bagi mengalih komputer ke tingkat atas bangunan pentadbiran.Komuter ini dilletakkan di dalam perpustakaan dan bilik tayangan.

Selain itu,barangan sukan juga turut menjadi lokasi gotong royong.Turut serta dalam gotong royong ini ialah Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda,manakala gotong royong diketuai oleh PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim.Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaum bapa yang hadir menjayakan gotong royong ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.