Khamis, 14 November 2013

4 MURID RKT DAPAT 5A UPSR DAN GPS SEKOLAH 1.77 UNTUK TAHUN 2013

 Kertas keputusan UPSR 2013...4 orang dapat 5A
 Murid bersedia mendengar taklimat oleh GB
 Tuan GB mengumumkan keputusan UPSR 2013
 Muris tahun 6
 Guru turut memberi sokongan
 PK Ko {Kanan} hadir bersama PK HEM
 Murid yang dapat 5A...Syafikah
Nur Fatihah bt Yusof...dapat 5A 
5A...Syafikah,Fatihah,Saifullah dan Danish...

Pada 14 Nov 2013,jam 1100 pagi,Pentabdir sekolah telah mengadakan majlis pengumuman keputusan UPSR bagi tahun 2013 bertempat di Dewan Sekolah.Pengumuman ini telah dilakukan sendiri leh Tuan Guru Besar En Nor azmi bin Muda.Turut serta ialah para penolong kanan dan semua guru dan ibubapa murid serta murid tahun 6.

Pada tahun ini,seramai 4 orang telah berjaya mendapat 5A dan 3 orang mendapat 4A 1B.Murid yang berjaya mendapat 4A menerima slip dan seutas jam tangan manakala murid yang mendapat 5A pula mendapat sumbangan RM50 dari PIBG,sebuah hamper dan seutas jam dari pihak sekolah.Antara murid yang mengharumkan nama mendapat 5A ialah Adik saifullah Setafa.Adik Danish Iqbal bin zainal,Adik Syafikah bt Afendi dan Adik Nor Fatihah bt Yusof.Hadiah disampaikan oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.

Selain dari kejayaan mendapat 4 orang dalam UPSR,GPS sekolah turut meningkat iaitu 1.77.Majlis berakhir jam 1230 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.