Jumaat, 22 Mac 2013

UNIT KURIKULUM ADAKAN PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 BERSAMA GURU MATAPELAJARAN

 Pn Asmarani menyampaikan ucapan aluan
 Pn Norazita dan Cikgu Zaki...guru tahun 6
 Penerangan tentang tujuan perjumpaan
 Cik Zaida...bahagian Siamedia dan Cikgu Saba
 Cikgu Noorazita....
 Bapa dan ibu yang hadir
 Murid tahun 6
 Ibubapa...
 Cikgu Zita membaca program yang diatur untuk Tahun 6
 Antara programnya...
Kalangan yang terlibat dalam program ini

Pada Khamis jam 1100 pagi 21 Mac 2013,Unit Kurikulum telah mengadakan Program Temu Mesra Ibubapa Murid Tahun 6 bersama Pentadbiran dan Guru tahun 6 bertempat di Dewan Sekolah.Program yang bertujuan menemukan ibubapa dengan guru-guru yang terlibat dengan pengajaran matapelajaran tahun turut dihadiri oleh PK1 Pn Asmarani binti Abdullah.

Antara guru tahun 6 yang hadir ialah Cikgu Mohd Zaki bin Ramli,Cikgu Noorazita bt Razali,Cikgu Sabariah bt Daud dan Cikgu Marfazilia.

Dalam pertemuan ini,ibubapa diberi penerangan oleh Cikgu Noorazita bt Razali tentang halatuju dan arah pencapaian sekolah melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan murid tahun 6.Dalam pertemuan ini juga,guru tahun 6 diberi peluang untuk  menyampaikan maklumat dan perancangan yang diatur untuk memastikan kejayaan murid dalam UPSR 2013 ini.Majlis berakhir jam 1230 tengahari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.