Khamis, 14 Mac 2013

TAHNIAH...RKT JADI NAIB JUARA BOLASEPAK PKG CHENEH 2013


Pok Ngah Hussin beri nasihat masa pemain berehat

Cikgu Fadzil dan Ustaz Fakrul bersama pemain

Cukgu Zaik bersama pemain RKT

RKT Merah dan Cerul Kuning

Pemain simpanan

Berbaris tunggu nak ambil hadiah medal

Afham...Bek Kanan yang GAGAH

Bek kiri......

Dapat Medal Perak.....

Kami Naib Juara....


Bersama Cikgu Zaik.....

Merasai kemenangan....

Pada 13 Mac 2013,Rabu di Padang SK Felda Cerul,pasukan bolasepak bawah 12 tahun RKT telah melakar sejarah setelah kemarau 4 tahun lalu dengan berpeluang menjadi wakil PKG Cheneh ke Peringkat Daerah Kemaman apabila RKT menjadi  Naib Juara.

Dalam perlawanan separuh akhir,RKT yang dilatih oleh Cikgu Zaik dan Cikgu Fakrul telah mengatur strategi dengan memastikan scorer SK Ayer Puteh dikawal rapi.Pasukan RKT yang bertemu dengan pasukan dari SK Ayer Puteh dan dalam perlawanan tersebut,RKT telah dapat kemenangan dengan jaringan 2-0.Dengan kemenangan itu,RKT telah berpeluang untuk ke peringkat akhir.Turut bersama memberi sokongan pada petang ini ialah jurulatih teknikal iaitu Cikgu Fadzil dan Motivator Pasukan RKT iaitu Pak Ngah Hussin.

Pada peringkat akhir,RKT telah bertemu dengan pasukan dari SK Felda Cerul dan RKT telah dikalahkan dengan jaringan 3-0.Dengan itu,RKT telah dinobatkan sebagai Naib Juara,SK Ayer Puteh tempat ketiga,SK Sg Pergam temat keempat dan SK Felda Cerul sebagai JUARA tahun 2013 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.