Ahad, 30 September 2012

TAZKIRAH OLEH TUAN GURU BESAR:PENAMBAHBAIKAN DALAM KERJABUAT GURU

 Tuan Guru Besar memulakan tazkirah Pagi Ahad
 Barisan Pentadbir,PK KO,PK1,GB dan PK HEM
Guru wanita SKRKTST

Pada 30 Sept 2012,minggu kedua program tazkirah yang disampaikan oleh tuan Guru Besar.Program Tazkirah yang disampaikan ini adalah merupakan salah satu cara perkongsian ilmu dalam penambahbaikan kerjabuat guru.Antara intipati yang diperkatakan oleh Tuan Guru Besar ialah tentang mewujudkan kajian tindakan bagi setiap perlakuan yang berkaitan dengan meningkatkan pencapaian dalam P & P.

Turut menyampaikan pesan dalam tazkirah ini ialah PK1 yang mana memperkatakan kaedah susunan meja guru untuk tahun 2013 yang lebih mesra murid dan menampakkan keserasian guru dalam  pengajaran di kelas.Selain itu keceriaan kelas turut diperjelaskan oleh PK1 dalam mewujudkan persekitaran P&P yang selesa.Tazkirah yang mengambil masa 5 hingga 10 minit ini merupakan salah satu pendekatan baru oleh Tuan Guru Besar dalam menyampaikan maklumat kepada warga guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.