Isnin, 24 September 2012

MURID TAHUN 6 PASCA UPSR SKRKTST IKUTI PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH

 Pengakap yang terpilih...10 orang
Angkat beg masuk dalam kereta Ckgu fadzil dan Ckg Zaki lahhhh
 Murid sedang berehat berhampiran khemah
 Cikgu Zaki memberi arahan membersihkan kawasan khemah
 Murid berehat menanti makan tengahari
Cikgu Zaik bersama pasukan pengakap SKRKTST

Pada 23,24 dan 25 Sept 2012,Ahad hingga Selasa,murid tahun 6 seramai 10 yang terdiri dari Pasukan Pengakap telah turut serta dalam perkhemahan tahunan Pengakap Daerah Kemaman di bawah Program Pasca UPSR di Pusat Ko Daerah Kemaman iaitu di SK Seberang Tayor.

Di bawah Unit Kokurikulum pimpinan Pn Dorothy,Pasukan Pengakap SKRKTST telah turut serta dengan menghantar 10 orang ahli pengakap tahun 6 di bawah kelolaan Pemimpin Pengakap iaitu Cikgu Fadzil dan Cikgu Zaki.Antara guru lain yang terlibat ialah Cikgu Zaik yang bertugas pada malam 23 Sept hingga 24 Sept,Cikgu Razali bertugas malam 24 Sept ,Cikgu Harun,En Ahamad Lotfi dan Ustaz Zulkifli.

Selain itu guru yang turut terlibat dengan tugasan lain ialah Pn Noorazita dan Pn Suriani dalam pembahagian makanan petang pada 24 Sept 2012.SKRKTST telah memasang 3 buah khemah dengan pembahagian 3,3 dan 4 orang bagi satu khemah yang terletak berhampiran dengan surau sekolah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.