Isnin, 18 Jun 2012

MAJLIS JASAMU DIKENANG PERSARAAN GB KAMARUDZAMAN BIN HASHIM

 Murid perempuan berbaris
 Murid lelaki menanti ketibaan GB
 Menanti lagi niiiiii
 Ah....dah nak sampai ni...stanby kita yeeee
 Disambut mesra......
Bersalaman......
 Nak bersilat niiiiii....
 Timbalan PPD Kemaman turut hadir.....
 Barisan dif jemputan
 60 an......spek mata hitam tuuuuu
 Ibubapa yang hadir
 Hj Zor...bekas PK1 RKT hadir sama......
 Persembahan menarik
 Media dan juru acara...Pi dan Cikgu Zaik
 Timbalan PPD Kemaman menyampaikan ucapan
 Guru Besar yang hadir
 Menikmati jamuan
 Nasi minyak .......bubur kacang...sedap juga
 Berselera ....
 Menikmati jamuan......
 Ibu yang hadir......makan nasi minyak 
PK 1 bersama menikmati jamuan
 Kenangan bersama......
YDP PIBG bersama isteri..

Pada 18 JUN 2012,Isnin jam 1000 pagi,SKRKT Seberang Tayor telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan bekas Guru Besar SKRKTST iaitu En Kamarudzaman bin Hashim.Majlis yang bermula jam 1030 pagi didahului degan perarakan 36 buah motosikal yang mengiringi kereta yang dinaiki oleh En Kamarudzaman.

Kemudian beliau diarak masuk dengan perbarisan murid sehinggalah di hadapan dua pesilat sekolah.Setelah selesai persembahan silat,En Kamarudzaman bersama dif jemputan masuk ke Dewan Sekolah untuk acara persaraan.

Turut hadir dimajlis ini ialah Timbalan PPD Kemaman,Tn Hj Sulaiman bin Mohamad,Tn Hj Abd Rahman bin Kadir ,Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman,En Jusoh bin Embong dan En haszan bin Othman dari PPD Kemaman,Guru-Guru Besar PKG Cheneh,bekas PK 1 Tn Hj Mohd Zor Ali,Pengurus FELDA,YDP PIBG serta ibubapa dan ajk PIBG.

Dalam majlis ini,telah dipersembahkan beberapa persembahan yang dilatih khas untuk Majlis Persaraan ini.Selain itu ianya diselangselikan dengan ucapan-ucapan yang disampaikan oleh Wakil Murid,Wakil Pentadbir,YDP PIBG dan Timbalan PPD Kemaman serta ucapan terakhir oleh En Kamarudzaman sendiri.

Sebagai menghargai jasa dan bakti En Kamarudzaman di sekolah ini,pelbagai hadiah telah disumbangkan sebagai tanda terima kasih iaitu dari semua kelas,dari ibubapa,dari pekerja swasta,dari PIBG dan akhirnya dari pentadbiran sekolah.

Majlis diakhiri dengan jamuan di kantin sekolah yang turut dihadiri oleh semua tetamu dan guru-guru.Majlis berakhir jam 130 tgh yang mana kereta En Kamarudzaman diarak pulang oleh 5 buah kereta sebagai pengiring.Penulis ucapkan Selamat Bersara kepada En Kamarudzaman bin Hashim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.