Isnin, 1 Ogos 2011

SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM 2011...MERIAH

Kain rentang Hari Kokurikulum
Pertandingan Gubahan...Pengakap Naib Juara dengan gubahan tengkolok
Gubahan Merak dari Puteri Islam
Tuan Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada JPA
En CW Zailani hadir mewakili PPD Kemaman

Pada 28 Julai 2011,Khamis,sekolah ini telah mengadakan Sambutan Hari Kokuriukulum.Sambutan yang bermula am 745 pagi dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dimana Tuan Guru Besar diberi penghormatan untuk memeriksa barisan kontijen unit beruniform yang terdiri dari Pengakap,Puteri Islam dan TKRS.

Antara pertandingan yang dijalankan ialah Pertandingan Kawad kaki,Pertandingan Memasang Khemah,Pertandingan Gubahan dan Pertandingan Membina Gajet.Selain dari pertandingan Unit Pertahanan Awam juga telah mengadakan demostrasi mengikat tali,merawat pesakit dan memperkenalkan kemudahan JPA.

Selain itu,murid turut di beri peluang untuk memenangi cabutan bertuah melalui Teka Kacang yang menyediakan hadiah berupa barang mainan.Selain itu Hadirin yang terdiri dari ibubapa juga dihiburkan dengan pertunjukan oleh murid Pra Sekolah dan persembahan oleh Puteri Islam.Majlis dihadiri sama oleh wakil PPD Kemaman iaitu En CW Zailani dan YDP PIBG iaitu En Yusof bin Mat Ali.Majlis berakhir jam 12.00 tgh dengan jamuan makan tengahari.

1 ulasan:

Sambutan Hari Jadi Murid.