Isnin, 13 Jun 2011

CIKGU SYED AMRAN BERTUKAR KE SK PASIR GAJAH


Cikgu Syed Amran atau nama gelemenya Joe telah bertukar ke SK Pasir Gajah Kemaman berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.Beliau yang mengajar Kelas Pemulihan di SK RKT Seberang Tayor akan memulakan khidmatnya pula di sekolah baru sebagai Guru Kelas Pemulihan.

Cikgu Syed Amran telah berkhidmat di sekolah ini hampir 8 tahun dan pernah menjadi Pengerusi MGK selama satu Penggal,menjadi setiausaha PIBG selama satu penggal dan merupakan seorang guru yang aktif sama ada dalam bidang sukan maupun dalam tugas-tugas tertentu.

Semoga Cikgu Syed Amran akan dapat menaburkan bakti di sekolah yang baru.Sesungguhnya Guane FC kehilangan seorang sahabat yang akrab dan senang diajak berunding.Hidup Cikgu Syed di sekolah yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.