Rabu, 1 September 2010

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Murid membuat persembahan
Antara murid yang hadir semasa perhimpunan

Para guru wanita
Murid dengan gaya benderanya
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang


Pada 30 Ogos 2010 Rabu,sekolah ini telah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah yang bermula jam 8.oo pagi lagi.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Syed Amran memulakan acara dengan nyanyian lagu Negaraku,Lagu Selamat Sultan dan lagu tanggal 31 Ogos diikuti pula dengan ucapan dari Tuan Guru Besar.

Kemudian,murid tahap satu pula berada di dalam kelas masing-masing untuk mewarna lukisan bagi pertandingan mewarna.Murid Tahap Dua pula bersama Cikgu Zaik dipertontonkan tayangan filem patriotik Sarjan Hassan bagi menjawab soalan kuiz.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar bersama PK Hem dan PK Koko.Majlis berakhir jam 1245 tgh.Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 53.1Malaysia menjana transformasi..............Majlis sambutan sederhana tetapi meriah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.