Pada 9,10 dan 11 Nov 2010,Selasa,Rabu dan Khamis,seramai 34 orang murid dan 6 orang guru dari sekolah ini telah menyertai rombongan ke Kuala Lumpur dan Melaka.Rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 1.30 tgh.
Rombongan sambil belajar ini telah mengadakan lawatan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Menara Kuala Lumpur,di Muzium Negara dan Masjid Negara.Selain itu rombongan ini juga telah di bawa untuk mencari pengalaman mandi di Desa Water Park ,Sungai Besi Selangor.
Rombongan ini bermalam di Hotel SIMA Kuala Lumpur.Selain itu pada hari Rabu,rombongan ini telah mengadakan lawatan ke NILAI untuk membeli belah sebelum bertolak ke Melaka.Di Melaka,rombongan ini telah bermalam di Melaka Gest House.
Di Melaka,rombongan ini mengadakan lawatan di sekitar bandar hilir dan bertolak balik jam 4.00 petang serta tiba di Kemaman pada pukul 1130 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan