Selasa, 17 September 2019

Lawatan Murid Tahun 6 ke Kuala Terengganu




Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 6 dan 5 telah mengikuti lawatan ke Kuala Terengganu. Antara tempat yang dikunjungi seperti Planetarium , Taman Tamadun Islam dan Pasar Payang. Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan pengetahuan murid.

Isnin, 16 September 2019

BARISAN AJK PIBG SESI 2019-2020


....PERTUKARAN WARGA SEFSTAR 2019


Pertukaran guru di SEFSTAR berlaku lagi.Kali ini melibatkan Ustaz Che Wan Fakhrul Anuar yang akan memulakan tugas barunya di SK SERI GELIGA. Manakala Cikgu Salamiah Binti Jusoh akan bertugas di SK AIR PUTIH. Cikgu Azwa Binti Sani pula akan bertugas di SK SERI GELIGA bersama-sama dengan ustaz.Kami di SEFSTAR mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan bakti semasa di SEFSTAR.

LAGI PERTUKARAN GURU DI SEFSTAR


Ustaz Mohd Zamri Bin Mohd Noor akan memulakan tugas baru di SK PASIR GAJAH


Ustazah Siti Fatimah Binti Abdul Samat pula akan memulakan tugas baru di SK BUKIT MENTOK.

Pihak SEFSTAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz dan ustazah atas khidmat bakti di SEFSTAR.Terima Kasih.

Sabtu, 15 Disember 2018

Pertukaran Warga SEFSTAR 2018.


Pertukaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norazizan Binti Abdul Rahman ke SK Chukai berkuatkuasa pada 2 Disember 2018.Portfolio beliau akan diisi oleh Puan Azizah Binti Majid yang sebelum ini merupakan GPK KO. 

SEFSTAR akan menerima GPK KO yang baru iaitu Puan Naimah Bt Mohd Nor dari SK CHUKAI. Untuk Puan Norazizan selamat menjalankan tugas di tempat baru dan kepada Puan Naimah , selamat datang dan bertugas di SEFSTAR.

WARGA SEFSTAR 2018


Sambutan Hari Jadi Murid.