Rabu, 9 Mei 2012

TEACHER NORNAZIFA BT ABD LATIF,GURU BARU DI RKT

Teacher Nornazifa bt Abd Latif

Pada 8 Mei 2012,Selasa merupakan hari terakhir Teacher Azlin berada di SK RKT Seberang Tayor.Teacher Azlin yang bertukar ke SK Seri Kemaman akan diganti dengan teacher yang baru iaitu Teacher Nornazifa bt Abd Latif yang datang dari SK Pulau Perhentian.

Semua warga pendidik RKT mengalukan kehadiran Teacher ke sekolah ini.

5 ORANG GURU RKT DIHARGAI OLEH YB PARLIMEN KEMAMAN SAMBUT HARI LAHIR BULAN MEI 2012

 Antara cenderahati...sekeping kad dan pen drive
 Pn Zainab dan Pn Sabariah....selamat hari lahir
Gembira dengan cenderahati yang diterima

Pada 8 Mei 2012,Selasa,seramai 5 orang guru dari SK RKT Seberang Tayor yang menyambut tarikh kelahiran pada bulan Mei telah dihargai oleh YB Dato Seri Hj Ahmad Shaberry bin Hj Cheek,Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Kemaman dengan pemberian hadiah ingatan ikhlas.

Guru-guru yang banyak pengorbanan mendidik anak murid ini sentiasa diambil cakna oleh YB  Menteri bagi memastikan Kemaman terus melonjakkan prestasi dalam pendidikan.Antara guru yang menerima cenderahati hari lahir bulan Mei ialah Pn Zainab bt Mat Roka,Pn Sabariah bt Daud,Pn Noorazita bt Razali,Pn Marfazilia bt Mustafa dan Pn Rohana bt Hassan.

Guru-guru yang menerima cenderahati yang penulis temui merakamkan ucapan terima kasih kepada keprihatinan YB Menteri atas sumbangan cenderahati.Kegembiraan jelas di wajah guru kerana dihargai.

Ahad, 6 Mei 2012

CIKGU AZLIN YAHAYA DAPAT TUKAR KE SEKOLAH DI BANDAR CHUKAI

Cikgu Azlin Yahaya.....

Pada 1 Mei 2012,Cikgu Azlin bt Yahaya telah menerima berita pertukarannya diluluskan untuk bertugas di sebuah sekolah di Daerah Kemaman...SK Seri Iman,Kemaman.Pertukaran ini merupakan satu kebaikan kepada Cikgu Azlin bagi membolehkan Cikgu Azlin memberi perhatian sepenuhnya kepada keadaan keluarganya.Cikgu Azlin yang memulakan tugas di sekolah ini pada tahun 2005 merupakan seorang guru yang dedikasi,yang senang bekerjasama dan komited dengan tugas yang diberikan.Semua warga RKT mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru.

Jumaat, 4 Mei 2012

TAKZIAH KEPADA CIKGU ZAINON OTHMAN


Takziah buat Cikgu Zainon bt Othman


Takziah buat Cikgu Zainon bt Othman dan keluarga serta Al-Fatihah untuk Allahyarhamah ibu kepada Cikgu Zainon yang meninggal dunia petang Jumaat pukul 5.39 ptg tadi.

Warga RKT mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Rabu, 2 Mei 2012

KOGURU....MELABUHKAN AKTIVITI DI RKT

 Lori KOGURU memunggah barangan pameran
 Ustazah Wan Suriani melihat barangan kemas
 TV LCD dan lain-lain barangan
 Pemeriksaan kesihatan untuk guru
Memeriksa urutan mata

Pada  2 Mei 2012,Rabu,KOGURU Cawangan Terengganu telah hadir ke RKT bagi membantu guru-guru dari sekolah ini menjadi ahli disamping mempromosikan aneka barang yang boleh dibeli melalui keahlian KOGURU.

Dengan bayaran yang cukup tidak membebankan untuk menjadi ahli,GURU pula boleh membuat pembelian barangan melalui sistem pembayaran potongan gaji yang cukup mudah.KOGURU telah membuat penerangan yang cukup meyakinkan.Antara guru yang sempat penulis lihat hadir ialah Cikgu Mohd fadzil,Cikgu Mohd Zaki,Cikgu Zaik,Ustaz CW Fakro,Ustazah Wan Suriani,Cikgu Salamiah,PK1 Pn Asmarani,Teacher Sabariah dan EIO En Lotfi.

Isnin, 30 April 2012

86 MURID BANTUAN KWAPN DAPAT BUKU BANK

 PK HEM En Mohd Asri bersama penerima akaun BSN
 Pn Marfazilia bersama PK HEM menguruskan pembahagian buku akaun
 PK HEM menyampaikan buku kepada penerima
 Jelas wajah penuh yakin dari peneriam bantuan Kwapn
86 murid menunjukkan akaun Kwapn yang diterima

Pada 30 April 2012,Isnin,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid bersama Peyelaras Kwapn Pn Marfazilia Mustafa telah mengadakan majlis penyerahan Buku Bank bagi penerima Bantuan Kwapn sekolah.Seramai 86 orang murid yang menerima bantuan Kwapn digalakkan membuka akaun Bank Simpanan Nasional yang mana duit bantuan Kwapn yang diperolehi disalurkan terus ke dalam akaun tersebut.

Dalam majlis ringkas tersebt,PK HEM memaklumkan agar murid murid memaklumkan kepada ibubapa supaya menggunakan bantuan tersebut untuk membeli keperluan sekolah seperti pakaian sekolah,alatulis atau membayar yuran PIBG yang baru sahaja ditetapkan oleh pihak PIBG.

Majlis ringkas yang bermula jam 1230 tgh berakhir jam 1.00 tgh.

MURID BERJAYA OTI1 DIHARGAI

 PK1 Pn Asmarani Abdullah menyematkan Bintang Kejayaan
 Murid berjaya OTI tahap dua dihargai
 Murid sinar E tahun enam
Pemenang  Pertandingan mewarna tahap 1
Pemenang melukis tahap 2

Pada 29 April 2012,semasa hari perhimpunan Ahad,Unit Kurikulum di bawah kelolaan Pn Asmarani Abdullah telah menyampaikan Hadiah Galakan kepada murid yang berjaya dalam ujian OTI1 yang diadakan baru-baru ini.Selain itu,sempena minggu Pend Seni juga telah daiadakn penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berjaya melalui pertandingan mewarna tahap 1 dan melukis tahap 2.

Sambutan Hari Jadi Murid.