Jumaat, 20 April 2012

GB TINJAU SENTUHAN TERAKHIR DI PSS

 eN bAKAR MENERANGKAN  SESUATU
 GB melihat perubahan dalam PSS
GB menyampaikan ucapan hari terakhir KHIDMAT BANTU PSS

Hari terakhir Program Khidmat Bantu PSS,Tuan Guru Besar En Kamarudzaman bin Hashim elah meluangkan masa meninjau sentuhan terakhir dari GPM dan Fasilitator terhadap keceriaan PSS .En Abu Bakar selaku ketua fasilitator telah memberi penerangan kepada Guru Besar.

Dalam ucapan Tuan Guru Besar telah menyatakan Terima Kasih kepada semua GPM dan Pegawai PKG atas kerjabuat yang melibatkan keceriaan dalam Program Khidmat Bantu PSS.Antara yang bersama mendengar ucpan itu ialah Pn Roslaiini dari GPM SK Ibok,Pn Rusmini dari GPM SK Binjai,Pn Ana Juliana ,GPM SK Pasir Gajah,Pn Zainon dan Cikgu Zaik dari RKT serta En Wan Mahdi dari PKG Durian Burung.

Khidmat Bantu PSS bermula pada 16 April dan berakhir pada 19 April 2012.

SMART ENGLISH....PERINGKAT SEKOLAH 2012

 BANNER PROGRAM
 Guru bertugas
 Hakim sudah bersedia
 Suasana dalam dewan
Aktivi yang dijalankan

Pada 17 April 2012,Selasa,Panitia BI bersama Unit Kokurikulum dan Unit Media PSS telah mengadakan Program SMART ENGLISH peringkat sekolah.Program yang diatur oleh JK Panitia BI diadakan pada hari Selasa jam 200 petang dan berakhir jam 430 petang.

Pertandingan yang diadakan adalah berpandukan pertandingan diantara Rumah Sukan bagi semua venue yang dijalankan iaitu Reading Comprehation,Spelling,Answer WS question,Action song dan Retelling Story..Turut serta hadir ialah PK Kokorikulum iaitu Pn Dorothy.Antara hakim yang terlibat ialah Pn Zainab,Pn Sabariah,Pn Marfazilia,Pn Azlin dan Ustaz Zulkifli manakala penjaga masa ialah En CW Fakrul Anuar dan En Mohd Lotfi manakala unit dokumentasi pula ialah En Mohd Zaki Ramli.Program ini dijalankan di Dewan SKRKT Seberang Tayor.

Khamis, 19 April 2012

PERASMIAN PENUTUP KHIDMAT BANTU PSS DI SMK GELIGA

 Pamplet program
 Wakil PPD menyampaikan ucapan
 Sijil yang diberikan kepada GPM yang terlibat
PK 1,Pn Asmarani menerima plak

Pada 19 April 2012,Khamis bertempat di SMK Geliga telah diadakan majlis penutupan Program Khidmat Bantu PSS 2012 BTPN yang di adakan di Daerah Kemaman.Majlis dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah iaitu En.Samsul .Turut hadir ialah Penolong Pengarah di BTPN iaitu En Nize.

Dalam majlis tersebut disampaikan sijil kepada semua sekolah terlibat dalam program Khidmat Bantu PSS.SKRKT Seberang Tayor diwakili oleh Pn Asmarani bt Abdullah untuk menerima plak penghargaan terima kasih atas sokongan menjayakan program Khidmat Bantu PSS.Majlis yang bermula jam 230 petang berakhir jam 400 petang.

CANDIQ SEMASA KHIDMAT BANTU PSS DI RKT

Menampal  double side tape.....seronokkkkk
 Mengecat kerusi.......lengoh juga tuuuu
 Menengok saja......dah siap keeee
 Cari idea nak tambah ceria........
 Pasang jangan dibuang.......biar menarik
 Ha...dah siappun kerja akuuuuuu
Banyak juga kena letak tape niiiiii

Seronok juga bila buat kerja bersama-sama ni,4 hari berlalu terasa macam sekejap sahaja.Memang tak cukup masa......banyak lagi benda yang perlu dibuat.....namun kira okay jugalah. kerjasama dari semua GPM dan guru sekolah ini serta Pegawai dari PKG cukup baik.....

Rabu, 18 April 2012

SEBELUM DAN SELEPAS KHIDMAT BANTU PSS

 Sofa dan pentas...sebelum
 Sofa dan televisyen serta karpet diletakkan
 Rak fail dan papan kenyataan
 Diceriakan menjadi Pentas bercerita
 Kaunter tempat ruang kerja guru
Lebih kemas

Program Khidmat Bantu PSS telah menampakkan hasilnya apabila 4 orang GPM bekerjasama bagi memastikan berlaku perubahan di Perpustakaan Sk RKT Seberang Tayor.Waalaupun keletihan,namun semangat telah menjayakan Program Khidmat Bantu PSS ini merubah suasana ceria di perpustakaan ini.

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS BERMULA

 Antara yang terlibat sebelum proses keceriaan dijalankan
 Pekerja dengan dibantu oleh En Abu Bakar mengalih rak
 En Mahdi dan En Bakar berbincang bagaimana untuk menampal kad
 Pn Rusmini dan Pn Roslaiini mengukur bahan untuk dipotong
Pn Salamiah dan Pn Rusmini menampal kad

Pada 16 April 2012,Isnin bermula jam 800 pagi,Program Khidmat Bantu PSS bagi SK RKT Seberang Tayor telah dimulakan.Khidmat Bantu PSS ini telah mendapat khidmat 3 orang GPM iaitu Pn Rusmini dari SK Binjai,Pn Ana Juliana dari SK Pasir Gajah dan Pn Roslaiini dari SK Ibok dengan dibantu oleh En Abu Bakar dari PKG Binjai dan En Wan Mohd Mahdi dari PKG Durian Burung.

Program Khidmat Bantu PSS ini lebih tertumpu untuk mengindahceriakan bilik Perpustakaan di bawah pengurusan Cikgu zainon Othman.Turut membantu dalam Program Khidmat Bantu ini ialah GPM SK RKTST iaitu Cikgu Mat Zaik.

Antara kerja yang dilakukan ialah mengindahceriakan sudut bercerita,sudut info semasa,sudut Nilam,kaunter pinjaman dan pintu masuk perpustakaan.

Isnin, 16 April 2012

PESERTA MTQ MENERIMA SIJIL DARI TUAN GURU BESAR

 Muhamad Saifullah b Setapa menerima sijil
 Nur Khairunnisa Akmal bersama sijil yang dimenanginya
 Adik Nurul Shamimi Maisara menerima sijil dari GB
 Menarik perhatian cerita yang disampaikan
Antara guru yang hadir.

Pada 15 April 2012,semasa perhim;punan pagi Ahad,telah diadakan Program Penyampaian Sijil MTQ kepada peserta yang berjaya sempena Minggu Panitia Agama Islam.Dalam majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Zulkifli,sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar,En Kamarudzaman bin Hashim.

Antara pemenang yang menerima hadiah ialah Johan Bercerita Peringkat PKG dan Ke Tiga Peringkat Daerah iaitu adik Muhamad Saifullah bin Setapa serta adik Nur Khairunnisa Akmal bt Hanafiah yang mewakili PKG dalam bercerita.

Penerima hadiah lain ialah adik Nor Syuhada Hamsa{tilaw,adik Nurul Shamimi Maisara bt Mat Hussin { Tilawah} dan adik Mohd Najmi Asuraffuddin bin Abd Ghani {Hafazan}.Majlis kemudiannya diperdengarkan cerita oleh pemenang peringkat PKG.

Sambutan Hari Jadi Murid.