Ahad, 29 Jun 2014

RKT ADAKAN SOLAT HAJAT UPSR MELIBATKAN PIBG DAN IBUBAPA

 Kalangan murid,ibu dan guru
 Guru dan ibu
 Murid lelaki tahun 6
 Nak mula solat
 Murid yang hadir
 Solat Hajat
 Murid tahun 6 nak mulakan solat
 Kalangan bapa dan YDP PIBG
 Ustaz Fakhrul dan Cikgu Zaki
 Murid tahun 6 khusyuk berdoa
 kalangan yang hadir
selesai solat
Ucapan dari Tuan Guru Besar

Pada 26 Jun 2014,Khamis jam 120 tengahari,PIBG bersama pihak sekolah telah mengadakan Solat Hajat UPSR yang melibatkan guru,ibubapa dan murid.Program Solat Hajat ini telah diuruskan oleh Panitia Agama Islam di bawah Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.Seramai hampir 20 orang ibubapa hadir menunaikan solat .

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat Zohor yang diimamkan oleh Ustaz Harun dan kemudiannya  diikuti pula oleh Solat Hajat.Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.

Selesai bacaan yassin,ibubapa diberikan air minuman solat hajat dan sedikit hidangan makan tengahari.Majlis berakhir jam 300 petang.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda  dan YDP PIBG En Zulkifli bin Abd Ghani  serta NYDP PIBg Pn Rohani bin Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.