Isnin, 19 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Persiapan untuk jamuan pagi
Mula mengagihkan makanan untuk jamu selera
Latar program
Guru lelaki bersedia untuk program
PK1,YDP dan Tuan Guru Besar
Pengacara majlis Pn Nornazifa
Ustaz Fakrul dan Cikgu Zaik meneliti tentatif 
Nyanyian lagu negaraku
Kalangan guru wanita
PK Ko En Ruzaidi membaca perutusan
YDP PIBG berucap
Guru lelaki yang hadir
Nyanyian lagu Hari Guru
Bersemangat menyanyikan lagu Tema hari Guru
Bacaan ikrar
Persembahan murid tahun lima
Acara kupas buah
YDP menyerahkan kek hari guru
Acara Zombi Kg Pisang
Guru wanita ambil peluang memotong kek
Belum siap lagi.....
Acara musang berjanggut
Pemenang cabutan bertuah
Murid menyampaikan hadiah
GB menyampaikan hadiah sukaneka
PK Ko terima hamper paling besar
PK1 membuat  cabutan bertuah
Bergambar beramai-ramai 1
Gambar beramai 2

Pada 18 Mei 2014 Ahad,MGK SKRKTST telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.majlis yang bermula jam 800 pagi.  Majlis dimulakan dengan jamuan ringkas guru,AJK PIBG dan pekerja sekolah. Antara juadah yang disediakan ialah nasi lemak Pokwell, roti keramat, kueh gulung, agar-agar dan air teh serta teh o.

Turut serta dalam jamuan ini ialah YDP PIBG iaitu En Zulkifli bin Abd Ghani serta AJK PIBG. Kemudian majlis dimulakan dengan majlis perhimpunan di dalam dewan sekolah yang dimulakan dengan ucapan aluan dan bacaan perutusan oleh pihak pentadbiran.

Majlis kemudiannya mendengar amanat YDP dan Guru Besar serta disusuli dengan nyanyian lagu Hari Guru dan lagu tema serta bacaan ikrar yang diketuai oleh Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda.Majlis bersurai dan diikuti dengan permainan sukaneka ringkas.

Kemudian,majlis disusuli dengan acara persembahan oleh murid tahap 1 dan 2 serta persembahan guru.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Tuan Guru Besar.Majlis berakhir jam 100 tengahari dengan jamuan ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.