Ahad, 30 Jun 2013

PANITIA AGAMA ISLAM ADAKAN KEM BESTARI SOLAT MELIBATKAN SEMUA MURID DI RKT

Murid perempuan bersedia untuk memulakan solat zohor
Murid lelaki mengambil tempat dalam dewan
Menghampar sejadah....
Ustaz Zulkifli memimpin murid berselawat
Murid tahun dua bersama murid tahun lima
Menanti dewan penuh......
Ustaz Zulkifli bersama memberi penjelasan tentang program yang dijalankan

Pada 30 Jun 2013,Ahad,panitia Agama Islam telah mengadakan Program Bestari Solat yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.Kem bestari solat ini dijalankan selepas waktu PdP iaitu bermula jam 115 tengahari dan berakhir jam 500 petang.

Antara aktiviti yang diadakan ialah untuk tahap satu,murid diajar amali solat,amali wuduk dan bacaan dalam solat manakala tahap dua ialah amali solat tambahan.

Antara guru yang terlibat ialah Ustazah Zainab,Ustazah Wan Suryani dan Ustazah Siti Sara serta guru sekolah agama rakyat.

Selain itu,turut diadakan ialah solat zohor dan asar berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.Program yang dijalankan ini telah diselia oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.