Ahad, 30 Disember 2012

BOMBA DAN TENTERA BANTU BERSIHKAN SELUTLUMPUR DALAM KELAS DI RKT


Jentera bomba menyedut air


Air disedut dari pili bomba


NSTP turut bersama dalam gotongroyong ini


Barangan yang dipunggah keluar dari bilik darjah

Semuanya musnah

Anggota tentera mengeluarkan barangan

Pencetak yang musnah

Lumpur setebal 1 inci

Kerusi meja

Semuanya di bawa keluar dari bilik darjah

Diletakkan di luar

Lori yang membawa tentera


Longgokan air minuman

Jentera bomba

.......harap ianya boleh digunakan lagi

Hadapan bilik Pra Sekolah

Barangan Pra Sekolah

Suasana keadaan kerusi meja...

Pada 30 Disember 2012,Ahad jam 300 petang,bantuan sukarela tentera yang diketuai oleh Left Kel Jefri bersama pasukan bomba dari Daerah Kemaman telah hadir untuk membantu membersihkan selutlumpur  di dalam bilik darjah di RKT.

Setelah mendapat kebenaran dan berbincang dengan pihak sekolah,lebihkurang 30 orang anggota tentera telah bertungkuhlumus memunggah barangan yang berupa kerusi,meja,perabot,buku-buku,kerusi plastik dan lain-lain lagi yang rosak dari dalam bilik darjah  di bawa keluar bagi memudahkan bilik darjah dibersihkan.

Penulis yang berada di kawasan tersebut mendapati,semua bilik darjah diselaputi lumpur sedalam 1 inici lumpurselut dan ianya amatlah perlu dibersihkan sebelum ianya menjadi kering.Anggota bomba pula menyediakan jentera untuk membolehkan air disedut dan mencuci lumpur tersebut.

Turut hadir bersama dalam gotongroyong ini ialah Penolong Pengarah FELDA Terengganu,Pengurus Felda Seberang Tayor,kakitangan dari NSTP yang merakamkan gambar kerja pembersihan,Tuan Guru Besar En Mohd Saidi Embong bersama PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid.

Antara bilik yang dibersihkan ialah Bilik Darjah Tahun 1 hingga 6,Bilik Pra Sekolah,Bilik Pemilihan,Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Pengawas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.