Selasa, 10 Januari 2012

CIKGU RAZALI DAN USTAZAH SURIANI...GURU BARU DI SKRKTST 2012

Pada 10 Januari 2012,penulis berkesempatan berbual dengan dua orang guru baru yang ditukarkan dari SK Ayer Puteh dan akan bertugas di sekolah ini.Ini adalah pertama kali penulis bersua dengan dua orang guru baru ini setelah penulis diberitahu oleh rakan-rakan tentang kehadiran dua guru baru beberapa hari lepas. Kedua-dua orang guru baru ini merupakan guru dari SK Ayer Puteh,yang ditugaskan di sekolah ini untuk sesi persekolahan 2012 bagi mengisi kekosongan 3 orang guru dari sekolah ini yang dipindahkan ke sekolah sekitar.
Guru pertama ialah Ustazah Wan Suriani bt Wan Said,menggantikan Ustaz Zamli bin Ya.Penulis mengalu-alukan kehadiran Ustazah ke sekolah ini.Penulis yakin ustazah yang penuh pengalaman akan dapat meneruskan aktiviti yang dirancang sebagaimana yang telah biasa dijalankan di sekolah ini.
Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin merupakan guru BM yang cukup berpengalaman di SK Ayer Puteh.Kehadiran Cikgu Razali untuk mengajar di SK RKT Seberang Tayor akan menambahkan lagi kesediaan murid Tahun 6 untuk menghadapi UPSR melalui pengalaman yang akan dicurahkan oleh cikgu Razali pada 2012 ini.Penulis mengalu-alukan kehadiran Cikgu Razali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.