Selasa, 1 Februari 2011

JAMUAN KESYUKURAN ANAK PENGERUSI PIBG

PK Ko......ketawa sakan semasa gambar ini diambil
Cikgu Noorazita sedang ambil air minuman
Ahamad Lofti.....di belakang ialah GB
Cikgu Zaik dan Cikgu Syed
Beratur mengambil makanan

Pada 1 Feb 2011,Selasa jam 1245 tgh,Pengerusi PIBG telah mengadakan Jamuan Kesyukuran kerana anak beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di MRSM Kuantan setelah berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun lalu.

Jamuan ini didahului dengan doa selamat yang dibaca oleh Cikgu Harun Saleh.Turut hadir ialah isteri pengerusi dan anak beliau.Makan tengahari lauk ikan merah masak nenas,ayam goreng kunyit ,ulaman dan sambal belacan begitu membuka selera tambahan pula dikenakan dengan air sirap dan air jagung.

Bersama dalam majlis ini ialah Guru Besar,En.kamarudzaman Hashim,Pk 1,HEM dan Koko serta semua guru.Para guru mengucapkan semoga anak beliau berjaya dalam pelajaran di MRSM nanti.Majlis berakhir jam 115 tgh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.