Pada 4 Julai 2010,Ahad bermula jam 800 pagi,seramai 35 orang murid dari sekolah ini terlibat dengan majlis penerimaan ebook yang disampaikan oleh YAB Dato Menteri Besar Terengganu.
Majlis yang diadakan di Dewan Gemilang SMK Ayer Puteh itu turut disertai oleh 505 orang murid dari PKG Cheneh.Murid dari SKRKT Seberang Tayor turut mendapat rahmat dari sumbangan yang dihulur oleh Kerajaan Negeri Terengganu .Turut bertugas memastikan murid dari sekolah ini berada di dalam keadaan bersedia dengan program yang diatur ialah Cikgu Syed Amran,Cikgu Mat Zaik,En.Lotfi dan Ustaz Mohd Shahriza.Tuan Guru Besar,En.Hamzah Ahmad turut hadir meraikan kehadiran YAB MB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan