Selasa, 15 Jun 2010

BACA LAGI........KEJAYAAN GURU

Cikgu Alias Ismail,Tokoh Nilam Terengganu 2010


Haji Ahmad Mahmood gembira di samping keluarga selepas beliau diumumkan sebagai Tokoh Guru 2010 peringkat negeri. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.







Ahmad Mahmood, 76, dari Kampung Binjai, Kemaman semalam dinobatkan sebagai Tokoh Guru Terengganu 2010 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di Kampus Kusza di Kuala Terengganu.Bapa kepada enam orang anak itu menerima cek bernilai RM10,000 berserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Ariffin Embong.

Tokoh Guru Terengganu 2010 itu mula berkhidmat sebagai guru pelatih bermula 1950 hingga 1954 di beberapa buah sekolah sekitar Kemaman sebelum dilantik menjadi guru penolong kanan dan guru besar.Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai di Kuala Lumpur pada 1960 hingga 1961 sebelum meneruskan khidmat baktinya dalam bidang perguruan di negeri ini terutama daerah Kemaman.Penolong Pegawai Pendidikan di Kemaman merupakan jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada 1 Julai 1989.Ahmad, ketika ditemui selepas majlis itu merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas anugerah yang beliau terima hari ini."Saya ucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said dan anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan besar kepada saya dan keluarga," katanya.

Katanya, guru-guru pada hari ini lebih bernasib baik berbanding zaman ketika beliau mengajar dahulu."Zaman saya dulu, alangkah payahnya untuk mendidik anak bangsa yang terpaksa mengharungi sungai dan jeram di kawasan pedalaman, dengan tidak ada kemudahan untuk mendidik anak bangsa," katanya yang bersara sejak 10 tahun lalu.Beliau turut mengakui tugas seorang guru semasa era beliau jauh lebih mencabar apabila terpaksa melalui keperitan hidup termasuk gaji permulaan cuma RM137 sebulan, berbanding kesenangan yang dikecapi guru zaman sekarang.Selain itu, jelasnya, sejak awal menjadi guru, beliau sentiasa komited agar anak-anaknya mempunyai minat mendalam bagi menguasai ilmu sains dan matematik yang menjanjikan peluang pekerjaan cerah.Beliau berkata keikhlasan adalah penting dalam mendidik pelajar sekolah agar mereka menjadi manusia yang berjaya, berguna pada bangsa, agama dan negara.Berkat kesungguhannya itu, dua daripada enam anak beliau berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara dengan masing-masing dalam bidang kejuruteraan kimia di Amerika Syarikat dan bidang teknologi binaan di United Kingdom .

Sementara itu, Alias Ismail diumumkan sebagai Tokoh Nilam Guru pada majlis yang sama.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.