Pada baru-baru ini,Panitia Agama Islam SK.RKT Seberang Tayor telah mengadakan Kem Bestari Solat melibatkan murid tahun 1,2,3,dan 4.Kem Bestari Solat ini diuruskan oleh guru Agama dan guru j-Qaf yang teriri daripada Ustaz Zamli,Uztaz Mohd Shahriza,Ustazah Zainab dan Uztazah Napisah.
Isnin, 28 Jun 2010
KEM BESTARI SOLAT PANITIA AGAMA
Rabu, 23 Jun 2010
CERITA TENTANG KERETA USTAZ SHAH
Selasa, 22 Jun 2010
KEGIATAN KOKURIKULUM
memerhati murid menjalankan aktiviti
Pada 22 Jun 2010,Selasa kegiatan kokurikulum berjalan seperti biasa bagi kegiatan Unit Beruniform.Penyelaras unit Uniform SK.RKT Seberang Tayor,Cikgu Syed Amran telah menyatakan bahawa kegiatan dapat dijalankan dengan baik yang mana aktiviti yang dirancang oleh semua unit iaitu Pengakap,Puteri Islam dan TKRS dapat dijalankan.Program yang bermula jam 120 tgh berakhir jam 320 ptg.
GURU TURUT MENJAGA KESIHATAN
Pada 22 Jun 2010,sekolah ini telah didatangani oleh Syarikat Owa Bumi Marketing yang diwakili oleh Cik Lelawati Othman dalam memperkenalkan produk penjagaan kesihatan melalui sistem urutan mesen.
Dalam demo yang dipertunjukkan dan juga dengan merasai sendiri kekesanannya,beberapa orang guru telah membeli produk tersebut dengan harga RM1399.00.
Antara guru yang berminat membeli produk tersebut ialah Cikgu Sabariah,Cikgu Mazlina,Cikgu Mat Zaik,Cikgu Salamiah dan Cikgu Rohana.
PEMBAHAGIAN DUIT KWANP 2010
Pada 22 Jun 2010 selasa,jam 1230 tgh,Unit HEM dibawah kelolaan Pn Asmarani bt Abdullah telah mengadakan hari Pembahagian Bantuan Wang Kwanp.Seramai 99 orang ibubapa telah hadir untuk menerima bantuan kwanp dari sekolah ini.Pembahagian yang dilakukan oleh guru kelas bermula jam 1230 tengahari dan berakhir jam 115 tgh.
Isnin, 21 Jun 2010
BANGUNAN SEKOLAH 2010
Pada 21 Jun 2010 Isnin,kerja-kerja mengukur bangunan sekolah telah dilakukan bagi memastikan rekod bangunan dapat diselenggarakan dengan baik.Kerja tersebut telah dijalankan oleh Cikgu Fadzil,Ustaz Shahriza,Ustaz Zamli {mengukur bangunan},En.Mohd Lopfi {mengemaskini maklumat} dan Cikgu Zaik { mengambil gambar} dengan panduan dari Tuan Guru Besar,En.Hamzah Ahmad.
Selasa, 15 Jun 2010
BACA LAGI........KEJAYAAN GURU

Ahmad Mahmood, 76, dari Kampung Binjai, Kemaman semalam dinobatkan sebagai Tokoh Guru Terengganu 2010 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di Kampus Kusza di Kuala Terengganu.Bapa kepada enam orang anak itu menerima cek bernilai RM10,000 berserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Ariffin Embong.
Tokoh Guru Terengganu 2010 itu mula berkhidmat sebagai guru pelatih bermula 1950 hingga 1954 di beberapa buah sekolah sekitar Kemaman sebelum dilantik menjadi guru penolong kanan dan guru besar.Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai di Kuala Lumpur pada 1960 hingga 1961 sebelum meneruskan khidmat baktinya dalam bidang perguruan di negeri ini terutama daerah Kemaman.Penolong Pegawai Pendidikan di Kemaman merupakan jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada 1 Julai 1989.Ahmad, ketika ditemui selepas majlis itu merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas anugerah yang beliau terima hari ini."Saya ucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said dan anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan besar kepada saya dan keluarga," katanya.
Katanya, guru-guru pada hari ini lebih bernasib baik berbanding zaman ketika beliau mengajar dahulu."Zaman saya dulu, alangkah payahnya untuk mendidik anak bangsa yang terpaksa mengharungi sungai dan jeram di kawasan pedalaman, dengan tidak ada kemudahan untuk mendidik anak bangsa," katanya yang bersara sejak 10 tahun lalu.Beliau turut mengakui tugas seorang guru semasa era beliau jauh lebih mencabar apabila terpaksa melalui keperitan hidup termasuk gaji permulaan cuma RM137 sebulan, berbanding kesenangan yang dikecapi guru zaman sekarang.Selain itu, jelasnya, sejak awal menjadi guru, beliau sentiasa komited agar anak-anaknya mempunyai minat mendalam bagi menguasai ilmu sains dan matematik yang menjanjikan peluang pekerjaan cerah.Beliau berkata keikhlasan adalah penting dalam mendidik pelajar sekolah agar mereka menjadi manusia yang berjaya, berguna pada bangsa, agama dan negara.Berkat kesungguhannya itu, dua daripada enam anak beliau berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara dengan masing-masing dalam bidang kejuruteraan kimia di Amerika Syarikat dan bidang teknologi binaan di United Kingdom .
Sementara itu, Alias Ismail diumumkan sebagai Tokoh Nilam Guru pada majlis yang sama.
Sabtu, 12 Jun 2010
Guru wajib ada ijazah
Guru wajib ada ijazah
Oleh Faizatul Farlin Farush Khanffarlin@hmetro.com.my2010/06/12
KUALA LUMPUR: Semua guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran termasuk guru tadika wajib memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.Beliau berkata, langkah itu diputuskan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara bagi penambahbaikan perkhidmatan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.
“Usaha ke arah itu sedang dilaksanakan kementerian bagi memastikan matlamat semua guru mempunyai kelayakan seperti ditetapkan kementerian dapat dicapai,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang memenangi Pertandingan Mengarang Esei Eco Aeon ke Jerman 2010 di pusat beli-belah Aeon Jusco AU2, di sini, semalam.
Selain itu, Dr Mohd Puad berkata, untuk guru yang bukan di bawah kementerian iaitu guru tadika Kemas dan Perpaduan, mereka akan dilatih kementerian bagi memastikan bahan yang diajar adalah berkualiti. Katanya, usaha itu penting bagi melayakkan mereka mempunyai pengetahuan, latihan dan kemahiran yang cukup mendidik generasi baru.
“Kita juga sedang menyelaraskan semua prasekolah di seluruh negara serta menambah bilangannya bagi memastikan sekurang-kurangnya 87 peratus kanak-kanak dapat memasuki ke prasekolah.
“Contohnya ketika ini, kita giat menambah kemudahan prasekolah termasuk menjadikan beberapa rumah panjang di kawasan pedalaman Sarawak untuk ditukar kepada bilik darjah,” Dr Mohd Puad berkata, kementerian juga sedang dalam usaha untuk membangunkan sekolah amanah iaitu sekolah yang diusahakan secara bersama antara kerajaan dan korporat.
Katanya, sudah ada beberapa pihak korporat berminat dan bersetuju bekerjasama dengan kementerian.

Isnin, 7 Jun 2010
MURID UPSR TAHUN 2010
Seramai 36 orang murid tahun 6 dari sekolah ini pada tahun 2010 akan mengambil pepereksaan UPSR tahun ini yang akan diadakan pada bulan September 2010 nanti.
GPM dan seluruh warga SKRKTST mengambil kesempatan untuk mengucapkan agar semua murid ini berjaya dalam pepereiksaan nanti .
KELAS TAMBAHAN MASA CUTI
Cuti sekolah pertengahan penggal tahun 2010 digunakan dengan penuh manfaat dengan mengadakan kelas tambahan.Penglibatan guru dalam mengajar kelas tambahan membuktikan bahawa guru sekolah ini sentiasa mempunyai komitmen yang cukup mendalam bagi memastikan kerjabuat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid terus dijalankan walaupun guru diberi cuti.
Perancangan yang telah dijalankan oleh PK1 ,Tn Hj Mohd Zor Ali bagi mengisi ruang cuti ini melibatkan semua guru untuk mengajar kelas tahun 1 hinggalah Tahun 6 selama 4 hari.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Kain rentang Hari Kokurikulum Pertandingan Gubahan...Pengakap Naib Juara dengan gubahan tengkolok Gubahan Merak dari Puteri Islam Tuan Guru ...
-
Khemah TKRS Pasukan Puteri Islam Khemah Puteri Islam Pasukan Pengakap Khemah Pengakap Keseluruhan Murid Pada 6 Mei 2010,khamis.Suasana...
-
Pemain RKT berbaju putih Pemainan baru bermula Gaya tersendiri Nak buang out niiii Kejo YUP kejo Pemain SK Seberang T...