Unit Korikulum di bawah Pn.Rosemariah Kamaruddin dan Panitia Agama Islam bersama PIBG telah mengadakan majlis Solat Hajat UPSR pada 6.8.2009 Khamis malam Jumaat.Seramai 130 orang ibubapa bersama guru serta murid telah hadir dalam majlis tersebut yang dimulai dengan solat maghib,solat hajat,bacaan yasin dan solat isyak.
Dalam majlis tersebut,T Hj Mohd Zor Ali PK Hem mewakili Guru Besar menyampaikan uapan ringkas menyatakan harapan agar anak-anak mendapat kejayaan dalam peperiksaan UPSR.Majlis diimamkan oleh Tn Hj Ramli bin Yaakob,imam masjid Felda Seberang Tayor.Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Felda,Pengerusi PIBG,PK 1 dan PK Hem.Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam nasi minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan