Bermula penggal kedua,Kantin SK.RKT Seberang Tayor semakin ceria....itulah kata-kata yang diluahkan oleh Pengerusi JK Kantin,Cikgu Mohd Fadzil apabila melihat berlakunya perubahan yang drastik terhadap keceriaan kantin sekolah.
Antara perubahan yang nyata ialah adanya langsir yang menghiasi ruang tingkap,wujudnya ruang meja bermaklumat,kelibat pasau bunga mini di atas meja dan alas meja yang menarik untuk meja makan guru serta ruang RMT yang lebih elegen dan berkonsepkan pelamin pengantin.
Ini merupakan usaha dan kesungguhan Pengusaha Kantin iaitu iaitu En.Mail dan isterinya serta kecaknaan PK HEM Tuan Hj Mohd Zor bin Ali bagi memastikan kelainan dan kebersihan serta keceriaan yang unggul untuk kantin sekolah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan