Ahad, 26 Julai 2009
kelaS MALam STF
Kursus Teknik Menjawab UPSR Bahasa Inggeris
Pada 26 Julai 2009,Ahad,jam 2.00 petang,Panitia Bahasa Inggeris bersama JK UPSR telah mengadakan Program Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR.Ianya disampaikan oleh Pn.Azlin dari SK.Cheneh.Hadir sama ialah Pn.Azlin Yahaya adan Pn.Sabariah Daud.
PasukAn HOKi Jadi JOhan Karnival Hoki Kemaman
25 Julai 2009,Sabtu,Sekolah ini telah dinobatkan sebagai juara karnival hoki Daerah Kemaman mengalahkan SK Cukai.Atas bimbingan Cikgu Fadzil dan Cikgu Syed Amran,kejayaan ini amat membanggakan sekolah ini.Dalam perhimpunan pagi 26 Julai 2009,pagi Ahad,Guru Besar,En.Hamzah Ahmad telah menyampaikan medal kepada pemain hoki yang mengharumkan nama sekolah ini.Unit Kokurikulum di bawah PK Ko iaitu Pn Asmarani Abdullah mengucapkan tahniah!!!!!
Jumaat, 24 Julai 2009
MAJlis PENUtuP Kempen BBBK
Pada Khamis 16 Julai 2009 jam 1215 tgh,sekolah ini telah mengadakan penutupan kempen Budi Bahasa Budaya Kita {BBBK} yang mana ucapan penutupnya disampaikan oleh Tuan Guru Besar,En,Hamzah Ahmad.Majlis dipengerusikan oleh Ustazah Nafisah Ismail.
Khamis, 23 Julai 2009
MOtiVasi Mata PelajarAn Sains UPsR 2009
Pada 23 Julai 2009,Khamis jam 8.30 pagi,Unit Kokurikulum di bawah pengurusan PK1, Pn.Rosemariah Kamaruddin bersama JK UPSR telah mengadakan Program Motivasi meningkatkan pengetahuan menjawab soalan matapelajaran Sains untuk murid UPSR.Seramai 44 orang murid terlibat dalam program itu yang dikelolakan oleh Cikgu Noorazita Razali.Motivasi disampaikan oleh Cikgu Ishak Idris,guru Sains dari SK Felda Cerul.
Khamis, 16 Julai 2009
PenggunaaN ICT oleH CIKgu ROhana
Dalam memperkemaskan P & P,penggunaan peralatan ICT merupakan kaedah yang cukup memberansangkan murid.Pada 14 Julai 2009,Cikgu Rohana telah membuktikan apabila beliau menggunakan kemudahan ICT di dalam P & P semasa berada di kelas tahun 1.Ini semua adalah untuk membuktikan yang pengajaran guru boleh diajar melalui peralatan ICT di dalam kelas.
AKtiVITI MURid PRa SEkolah
Rabu, 15 Julai 2009
KANtiN SK RKT ST SEmakIN CEria
Bermula penggal kedua,Kantin SK.RKT Seberang Tayor semakin ceria....itulah kata-kata yang diluahkan oleh Pengerusi JK Kantin,Cikgu Mohd Fadzil apabila melihat berlakunya perubahan yang drastik terhadap keceriaan kantin sekolah.
Antara perubahan yang nyata ialah adanya langsir yang menghiasi ruang tingkap,wujudnya ruang meja bermaklumat,kelibat pasau bunga mini di atas meja dan alas meja yang menarik untuk meja makan guru serta ruang RMT yang lebih elegen dan berkonsepkan pelamin pengantin.
Ini merupakan usaha dan kesungguhan Pengusaha Kantin iaitu iaitu En.Mail dan isterinya serta kecaknaan PK HEM Tuan Hj Mohd Zor bin Ali bagi memastikan kelainan dan kebersihan serta keceriaan yang unggul untuk kantin sekolah ini.
PASUKAN BOLASEPAK MGK SKRKTST
14 Julai 2009,Rabu ,jam 5.30 - 645 ptg,Pasukan bolasepak MGK SKRKT ST telah mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dengan SK.Sungai Pergam,Kemaman bertempat di Padang Awam Cheneh Baru.Perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan antara guru-guru SKRKTST dengan guru-guru dari perkumpulan NERAM.Antara pemain MGK yang bermain ialah Cikgu Fadzil,Ustaz Zamli,Ustaz Che Wan,Cikgu Mat Zaik.Walaupun keputusannya 6-4 memihak kepada pihak lawan,namun hal itu bukan menjadi persoalan kerana pemain MGK SKRKT dapat bersatu hati untuk ke Cheneh.Antara pemain lain yang bermain untuk MGK ialah Denam,Stopa,Yahya,Seli,Zemi,Mie,Dolah,Limun,Ton,Afza dan Deli.
Selasa, 14 Julai 2009
Dokumen BERsejArah
Bahan bersejarah ini disimpan dalam bilik Guru Besar,walaupun ianya telah dimakan bubuk,namun jelas terlihat bahawa SIJIL PENDAFTARAN SEKOLAH seksyen 49 ini masih berharga.
Antara maklumat yang ada ialah no panduannya ialah P.T.394/57/241 dengan no pendaftarannyua ialah 0233{M}.Nama asal yang didaftarkan bagi sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Seberang Tayor,Kemaman.Surat ini dikeluarkan pada 3 hb September 1969.Bilangan murid yang dibolehkan di sekolah ini ialah 240 orang sekali belajar.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Kain rentang Hari Kokurikulum Pertandingan Gubahan...Pengakap Naib Juara dengan gubahan tengkolok Gubahan Merak dari Puteri Islam Tuan Guru ...
-
Khemah TKRS Pasukan Puteri Islam Khemah Puteri Islam Pasukan Pengakap Khemah Pengakap Keseluruhan Murid Pada 6 Mei 2010,khamis.Suasana...
-
Pemain RKT berbaju putih Pemainan baru bermula Gaya tersendiri Nak buang out niiii Kejo YUP kejo Pemain SK Seberang T...