Selasa, 10 Mac 2009

MESYUARAT PIBG KALI KE 23

Pengerusi PIBG {berbaju kuning} bersama En.Wan Nordin dan Guru Besar.
Pengerusi PIBG menyampaikan cenderahati kepada wakil YB.

Antara AJK yang hadir semasa mesyuarat berlangsung.


MESYUARAT PIBG SELAMAT DIADAKAN
PIBG SK.RKT Seberang Tayor,Kemaman telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya untuk kali ke 23 pada 7 Mac 2009 Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tgh.Seramai 112 orang ibubapa termasuk guru hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Felda seberang Tayor,En.Aslan b Jahanggir Khan bersama Pengerusi JKKK Seberang Tayor iaitu En.Abd Jalil.Mesyuarat agung kali ini dirasmikan oleh wakil kepada YB ADUN Ayer Puteh iaitu Ybgh En.Wan Nordin Wan Omar,Pen.Setiausaha Penyelaras DUN Ayer Puteh.

Dalam majlis tersebut ibubapa telah dimaklumkan tentang sumbangan sebanyak RM2000 oleh YB ADUN serta membawa pulang melalui cabutan bertuah hamper yang disumbangkan oleh YB Ahli Parlimen Kemaman dan Ladang Rakyat KetengahPerwira.Ibubapa juga bersetuju menetapkan yuran sebanyak RM60.00 seorang murid.

Majlis tersebut memutuskan semua AJK kekal memegang jawatan sebagai AJK bagi sesi 2009/2010 yang mana pengerusinya ialah En.Yusof bin Mat Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.