Jumaat, 13 April 2012

KHIDMAT BANTU PSS....GAMBAR SEBELUM DILAKUKAN

 kERUSI REHAT
 Meja bacaan buku

 Rak buku
Meja murid

Pada 16 hingga 19 April  2012 nanti,perubahan harus berlaku di Perpustakaan SKRKTST dalam Program Murni Khidmat Bantu PSS.Menambahbaikan yang memerlukan penelitian dan SUMBER KEWANGAn bakal dicetuskan sepanjang 4 hari oleh GPM yang ditugaskan.

GPM doakan idea Cikgu Zainon,sentuhan Cikgu Zaki,kebolehan Ustaz Fakrul Anuar,kesenian Ustazah Siti Sara,kemantapan Cikgu Razali mampu digandingkan bersama guru-guru lain serta pekerja swasta bagi membantu GPM dan GPM yang hadir untuk melahirkan PSS yang BERUBAH.

 Meja mesyuarat
 Meja rehat
 Papan kenyataan
 Skrin
 Rak kasut
Pandangan luar

Tambahan pula GPM mendapat sokongan padu dari 4 orang pentadbir yang sudah pasti memberikan  ruang dan peluang untuk memperelokkan PSS dalam Program Khidmat Bantu PSS ini.

GPM HADIR TAKLIMAT KHIDMAT BANTU PSS PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

 Taklimat PSS oleh En Zulkifli Muda dari BPTN
 GPM RKT bersama GPM SK Ceneh Baru 2
GPM wanita.....
 Kalangan rakan GPM dari daerah Kemaman
 GPM SK Sri Geliga...... Norakmal
Taklimat oleh En Zaidan BTPNT

Pada 12 April 2012,Khamis bermula jam 800 pagi,GPM SKRKTST,Cikgu Zaik bersama 67 orang GPM dari seluruh daerah Kemaman berkumpul untuk satu  taklimat Program Khidmat Bantu PSS yang disampaikan oleh beberapa Pegawai dari BTPNT dan PKG Daerah Kemaman antaranya En Ahmad Rafhan dari PKG Ceneh dan En Abu Bakar dari PKG Binjai di bilik Bunga Raya PPD Lama.

Dalam taklimat ini,dinyatakan sebanyak 12 sekolah telah dipilih untuk Khidmat Bantu PSS termasuklah sekolah GPM sendiri iaitu SKRKTST.Seramai 3 orang GPM dan 2 orang Pegawai PKG akan hadir membantu SKRKTST mengindah ceriakan PSS bermula 16 hingga 19 April 2012 ini.

GPM ucapkan terima kasih kerana memilih sekolah ini,semoga PSS sekolah ini akan bertambah CERIA,MENARIK dan MEMPERSONAKAN......cabaran buat GPM...kena naikkan markah IOPSS dari 49.97 kepada 69.97 peratus....3 bintang .Kepada GPM yang akan datang ke SKRKTST...selamat datang diucapkan.

Ahad, 8 April 2012

PK1 HADIR MESYUARAT PSS 2012

 Cikgu Razali,Ustaz Fakro dan Cikgu Zaki.....
 Pn Asmarani dan Cikgu Zainun.....
GPM Cikgu Zaik mencatat sesuatu

Pada 4 April 2012.Jawatankuasa PSS sekolah telah mengadakan perbincangan khas berkaitan persediaan PSS untuk menerima kehadiran penyeliaan dari PKG dan kehadiran GPM dari sekolah daerah Kemaman dalam program khidmat bantu PSS SKRKTST.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah ,GPM Cikgu Mat Zaik Mohd Yusof,Cikgu Zainun Othman {Perpustakaan},Cikgu Mohd Zaki Ramli {Bilik BBM},Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin {NILAM},Ustaz Cw Fakro Anuar {Perpustakan bergerak}.

Perbincanagan tertumpu kepada persediaan asas dalam memastikan PSS  dapat dijadikan tempat mempertingkatkan  pengajaran dan pembelajaran. JK memutuskan persediaan PSS akan dijalankan sebagaimana yang dinyatakan.


Jumaat, 6 April 2012

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DARI PKG CHENEH MENINJAU PSS SKRKTST

Pada 5 April 2012,Khamis jam 9.00 pagi,En Mohd Rafhan dari PKG Cheneh telah hadir bagi meninjau PSS SKRKTST yang terlibat dengan Program Khidmat Bantu PSS.Pertemuan Pegawai PKG Chenewh bersama GPM SKRKST diadakan di Perpustakaan Sekolah.
 Perbincangan bersama GPM dan Pegawai PKG Ceneh
 GPM mencatat maklumat yang disampaikan
Suasana bilik Perpustakaan yang perlu di indahceria

Dalam perbincangan tersebut,dimaklumkan tentang proses awal yang perlu dilakukan oleh GPM iaitu Cikgu Mat Zaik bagi memastikan Program Khidmat Bantu PSS yang bakal diadakan pada 16-19 April berjalan dengan lancar.Perbincangan berakhir jam 10.00 pagi.

PEGAWAI LINUS DARI PPD PANTAU UJIAN LINUS

Pada 5 April 2012,Khamis,sekolah ini telah mengadakan ujian saringan LINUS melibatkan murid Tahun 3 yang dikelolakan oleh Pn Zainun Othman dan Pn Salamiah Jusoh.Ujian yang dijalankan pada pukul 800 pagi ini telah diseliapantau oleh Pegawai LINUS dari PPD Kemaman iaitu En Wan Ahmad.
 Pn Zainon mengawasi kelas ujian saringan LINUS
 Pemantauan oleh Pegawai dari PPD Kemaman
En. Wan Ahmad hadir menyelia perjalanan ujian.

Ujian yang dijalankan ini adalah untuk menguji penguasaan LITERASI dan MUNERASI murid Tahun Tiga di sekolah ini.Penguasaan LITERASI dan NUMERASI adalah merupakan elimen yang mustahak dalam pemastikan murid menguasai pembelajaran.

Selasa, 3 April 2012

BUKU TEKS LAMA DIHAPUS KIRA

Pada 3 Aril 2012,Selasa,Unit HEM di bawah Pengurusan En Mohd Asri bin Abd Rashid bersama dengan Guru Penyelaras SBT iaitu Pn Maslizawati bin Abd Wahab telah membuat penghapuskira buku-buku teks yang lama tersimpan di bilik SBT.
 Murid membantu mengangkat buku yang dihapuskira
 Buku ditimbang terlebih dahulu
 Suasana dalam bilik SBT
 Buku dilonggok dalam lori
Cikgu Maslizawati menandatangani borang timbangan

Buku-buku tersebut telah diasingkan diikat dengan baik oleh penyelaras SBT bagi memudahkan buku tersebut dibuat penghapuskira.Buku-buku lama tersebut terlebih dahulu ditimbang dan diletakkan di dalam lori yang datang mengambil buku tersebut.

Dianggarkan sebanyak lebih dari 600 kg berat buku tersebut dilupuskan melalui timbangan yang dibuat dan dengan dibantu oleh murid,buku tersebut diletakkan di dalam lori.

Isnin, 2 April 2012

TEAM BOLAJARING RKT BERKUBANG DI SK KBN1

Pasukan bolajaring RKT

Masuk padang...air melimpah......

Pada  23 Mac 2012,pasukan bolajaring SKRKTST telah turut seerta menyertai pertandingan bolajaring peringkat PKG di SK KBFN1.Pasukan yang dilatih oleh Cikgu Zainon dan Cikgu Marfazilia ini tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat untuk bersaing dengan beberapa sekolah lain dalam PKG Ceneh baru.Namun...kekuatan pasukan lawan tidak mampu dihalangi oleh pasukan SKRKTST....yang pasti....hujan lebat memberikan satu pengalaman buat peserta....semanbagt kesukanan tetap ada.. 

Sambutan Hari Jadi Murid.