Ahad, 31 Mei 2015
Ceramah Menjaga Kebersihan Makanan Oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman
Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dengan Kerjasama Unit HEM telah mengadakan ceramah amalan pemakanan yang sihat kepada murid tahap 2. Ceramah telah diadakan pada 28 Mei 2015.
t
Kem Perkasa UPSR 2015
Seramai 6 orang murid SK RKT Seberang Tayor telah terlibat dengan Kem Perkasa UPSR 2015. Kem ini akan dijalankan di SK Seberang Tayor dan berlangsung mulai 31 Mei hingga 2 Jun 2015. Kem ini juga turut menggabungkan empat buat sekolah iaitu SK RKT Seberang Tayor , SK Pasir gajah, SK Air Putih dan SK Seberang Tayor. Semoga anak-anak didik akan mendapat manafaat yang sebaiknya.
Rabu, 27 Mei 2015
SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN
Sambutan Hari Guru 2015 Peringkat Daerah Kemaman telah diadakan di Kampus TATIUC di Telok Kalong. Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Shabery Bin Cheek, Ahli Parlimen Kemaman yang juga merangkap Menteri Komunikasi Dan Multimedia. Terima Kasih Dato' Seri.
Sabtu, 23 Mei 2015
Jumaat, 22 Mei 2015
Rabu, 20 Mei 2015
Gotong-royong 16 Mei
Gotong-royong telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti kawasan padang sekolah , bilik guru , prasekolah dan kawasan bangunan lama. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa.
Ahad, 10 Mei 2015
Unit HEM Meraikan Hari Jadi
Unit HEM hari ini telah meraikan hari lahir murid yang lahir pada Bulan Mac dan April. Selamat Hari Jadi.
Khamis, 7 Mei 2015
Murid Prasekolah Menjalani Praperkhemahan.
Pada 6 Mei 2015 , murid prasekolah SK RKT ST telah merasai suatu pengalaman baru iaitu telah menjalani praperkhemahan yang dijalankan di padang sekolah. Selain itu , sambutan hari jadi juga diadakan. Cikgu Harun turut menjalankan beberapa aktiviti ala perkhemahan seperti membuat gajet dan ikatan. Semoga murid pra akan mendapat pendedahan awal kerana pengalaman akan dapat dikutip jika mengalami pengalamian.
Proses Membaikpulih Dan Penyelenggaraan Kesan Banjir Di RKT
Proses membaikpulih dan penyelenggaraan sekolah akibat banjir sedang giat dijalankan . Antaranya mengecat pagar sekolah dan membaiki pagar yang runtuh. Bahagian lain akan dijalankan dalam masa yang terdekat.
Isnin, 4 Mei 2015
Sekitar Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2015
Bermula 29 April hingga 1 Mei 2015 , Unit Kokurikulum di bawah pimpinan GPK KO , Encik Ruzaidi Bin Ibrahim telah menganjurkan satu Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Bagi Tahun 2015. Perkhemahan telah disertai 75 orang murid yang terdiri daripada Pasukan
Pengakap , Puteri Islam dan TKRS.
Pengakap , Puteri Islam dan TKRS.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Kain rentang Hari Kokurikulum Pertandingan Gubahan...Pengakap Naib Juara dengan gubahan tengkolok Gubahan Merak dari Puteri Islam Tuan Guru ...
-
Khemah TKRS Pasukan Puteri Islam Khemah Puteri Islam Pasukan Pengakap Khemah Pengakap Keseluruhan Murid Pada 6 Mei 2010,khamis.Suasana...
-
Pemain RKT berbaju putih Pemainan baru bermula Gaya tersendiri Nak buang out niiii Kejo YUP kejo Pemain SK Seberang T...