Pada Isnin 15 Nov 2010,Isnin jam 830 pagi,sekolah ini telah mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan 2010 yang mana ianya dirasmikan oleh Tuan Pengerusi JKKK Felda Seberang Tayor iaitu Tn Hj Che Abdul Jalil bin Ismail.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengerusi PIBG En.Yusof bin Mat Ali dan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Tn Hj Ramli bin Yusof.Selain itu turut hadir ialah Ybhg Saudara Mohd Hisham bin Hj Zubir,Ketua UMNO Bahagian Kemaman yang hadir menyampaikan sumbangan kepada 9 murid yang berjaya mendapat 5a UPSR bersama 7 murid yang mendapat 3A hingga 1A.
Jumaat, 19 November 2010
Rabu, 3 November 2010
JAMUAN PERPISAHAN MGK 2010
Pada 2 Nov 2010 bertempat di Impiana Resort Cerating,MGK SK RKT Seberang tayor telah mengadakan majlis Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan yang dihadiri oleh guru-guru,pekerja dan pentadbir sekolah.
Selain Jamuan Akhir Tahun,majlis juga turut meraikan pertukaran Cikgu Mazlina Ariffin,guru lama di SKRKTST yang bertukar ke SK Binjai pada 1 Oktober 2010 yang lalu.Dalam ucapan Tuan Guru Besar di majlis itu,menyatakan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Mazlina yang sentiasa memberi kerjasama selama hampir 15 tahun berada di SK RKT ST.
Majlis dijamukan dengan makan tengahari beranika lauk,kuih dan pencuci mulut.Selain itu majlis juga turut menghulurkan hadiah akhir tahun kepada semua guru dan kakitangan yang menjadi ahli MGK.Majlis bermula jam 230 ptg berakhir jam 430 ptg.Majlis hari ini dikelolakan oleh Pengerusi MGK Ustaz Zamli Hj Ya .

Langgan:
Catatan (Atom)
-
Pintu Pagar berwajah baru Menarik dan ceria Indah dengan warna yang sesuai Pada 19 Jan 2014,Ahad,penulis sempat merakamkan k...
-
Besi pembahagi laluan membeli di kantin Pada 16 Januari 2012,Isnin,penulis melihat perubahan di kantin apabila besi pengadang untuk m...