Pasukan Bolasepak MGK RKT SK.RKT Seberang Tayor sentiasa mengadakan perlawanan bolasepak bagi menjalinkan hubungan baik dengan perbagai golongan masyarakat.Pada 24 JUN 2009,MGK RKT telah mengadakan perlawanan dengan JKKK Bt 14.Antara guru yang bergiat dalam pasukan ini ialah Syed Amran,Fadzil,Ustaz Zem,CW Anuar,Mat Zaik dan Mat Chah bersama penduduk veteran Felda seperti Pok Nan,Limun,Rosli,Yahya,Zemi,Seli,Alim, dan Stopa.
Khamis, 25 Jun 2009
PasukAn BolaSepak MajlIS GUru RKT
Pasukan Bolasepak MGK RKT SK.RKT Seberang Tayor sentiasa mengadakan perlawanan bolasepak bagi menjalinkan hubungan baik dengan perbagai golongan masyarakat.Pada 24 JUN 2009,MGK RKT telah mengadakan perlawanan dengan JKKK Bt 14.Antara guru yang bergiat dalam pasukan ini ialah Syed Amran,Fadzil,Ustaz Zem,CW Anuar,Mat Zaik dan Mat Chah bersama penduduk veteran Felda seperti Pok Nan,Limun,Rosli,Yahya,Zemi,Seli,Alim, dan Stopa.
Rabu, 24 Jun 2009
HARi Tandatangan Buku PKBS
Pada hari Khamis,18 JUN 2009...sekolah ini tengah mengadakan hari menandatangani buku PKBS dan hari membayar Yuran tahunan.Ramai ibubapa yang datang untuk melihat keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
KURsus LADAP
Sedang membina blog.
Pn.Mazlina depan laptopnya.
20 JUN 2009,SAbtu...Guru-guru sekolah ini telah mengikuti kursus pembinaan bahan p & P serta pembinaan blog.Kursus yang diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 tgh itu telah memberi peluang kepada guru membina blog masing-masing.Antara yang turut hadirt ialah Guru Besar,En.Hamzah Ahmad,GPK 1 Pn Rosemariah dan PK HEm Tn Hj Mohd Zor serta guru-guru lain.Kursus ini dipermudahcarakan oleh Cikgu Mat Zaik iaitu Guru Media sekolah ini dan dibantu oleh Cikgu Mohd Shahriza.
Lawatan Ke Zoo Kemaman.
Seramai 85 orang murid sekolah kita yang terdiri daripada murid Tahun 4,5 dan 6 bersama 6 orang guru pembimbing (dan Pok Ngoh) telah melawat ke Zoo Kemaman pada hari Selasa, 23.06.09. Lawatan yang diketuai oleh PK Hem ini teruja menaiki 2 buah bas pelancong atas ihsan MPK.
Para pelajar gembira menaiki jeep panjang zoo. Mereka kelihatan riang melihat binatang, melalui tititan gantung, bermain di taman permainan dan melihat gajah mandi. Puas berjalan, kami makan nasi ayam seperti berkelah di dalam hutan. Lawatan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.
Selasa, 23 Jun 2009
PRa PerCubaAN UPSR 2009
Pada 5 Julai 2009,peperiksaan pra percubaan UPSR telah dijalankan di semua sekolah di Terengganu termasuklah sekolah ini.Seramai 43 orang murid tahun enam menduduki peperiksaan ini.Menurut guru besar En.Hamzah bin Ahmad,tahun ini,sedikit perubahan dibuat dengan kerjasama sekolah berdekatan iaitu pertukaran pengawas peperiksaan bagi memastikan murid merasai situasi sebenar peperiksaan.Cikgu Nor Azman bin Mohd Noor dan Cikgu Khairulniza dari SK Seberang Tayor ditugaskan untuk mengawasai perjalanan peperiksaan.
MaJLIs PEnyERAHAN E-BooK
Pada 28 Jun 2009,Ahad jam 2.30 petang bertempat di Dewan SMK Cheneh Baru,Kemaman,majlis penyerahan E-Book oleh YAB Dato Ahmad bin Said telah diadakan dimana sekolah ini turut terlibat.Seramai 37 orang murid dengan diiringini oleh ibu atau bapa masing-masing telah menerima E-Book tersebut dari YAB Dato.Terima kasih Kerajaan Terengganu atas usaha murni ini.Antara Guru yang hadir di majlis tersebut ialah,Tuan Guru Besar,PK Ko,Pn.Mazlina ,Pn Noorazita,Cik Mahani,En.Mat Zaik,En.Hisyam dan En.Syed Amran.
BEg GAnu KIte
Pada 21 JUN 2009,seramai 120 orang murid sekolah ini telah diagihkan beg GANU KIte.Antara yang terdapat di dalam beg tersebut ialah sepasang kasut,baju,seluar,stoking.Terima kasih kerajaan TERENGGANU.
BERseDia UntUK MELAwaT Zoo TERengGanu
Murid beratur untuk naik bas.
Seramai 80 orang murid bersama 6 orang guru telah berpeluang untuk melawat Zoo Terengganu di Bukit Takal,Kemaman.Murid tersebut telah dibawa ke Zoo tersebut dengan menaiki dua buah bas milik MPK.Lawatan ke Zoo ini di bawah program Lawatan yang diuruskan oleh PK HEM.
Khamis, 4 Jun 2009
SKRKTST Juara Bolasepak PKG Cheneh 2009
SKRKTST telah diunobatkan sebagai Juara bagi permainan bolaepak peringkat PKG Cheneh Baru 2009.Tahniah kpada Cikgu Mohd Shah,Cikgu Syed Amran dan Cikgu Mohd Fadzil atas usaha gigih kalian melatih pasukan bolasepak .
Terima Kasih Nestle -MILO
Sambutan Hari Guru 2009
Pada 17 Mei 2009,Ahad..sekolah ini telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.Sambutan diberikan kepada tiga sesi iaitu sesi pertama ialah membaca perutusan,sesi kedua ialah sukaneka antara guru dan murid dan sesi ketiga ialah persembahan murid dan guru.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi PIBG,En.Yusof bin Mat Ali.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Kain rentang Hari Kokurikulum Pertandingan Gubahan...Pengakap Naib Juara dengan gubahan tengkolok Gubahan Merak dari Puteri Islam Tuan Guru ...
-
Khemah TKRS Pasukan Puteri Islam Khemah Puteri Islam Pasukan Pengakap Khemah Pengakap Keseluruhan Murid Pada 6 Mei 2010,khamis.Suasana...
-
Pemain RKT berbaju putih Pemainan baru bermula Gaya tersendiri Nak buang out niiii Kejo YUP kejo Pemain SK Seberang T...