Jumaat, 28 September 2012

TALI BENDERA DAPAT DIPASANG DENGAN BANTUAN CREN PASANG LAMPU JALAN

 Cren naik ke atas untuk memasang tali.
Tali sudah dipasang......

Pada 27 Sept 2012,jam 1015 pagi,masalah pemasangan tali bendera yang putus sejak hampir 1 bulan yang lalu akhirnya dapat diselesaikan apabila sebuah cren yang kebetulan sedang melakukan kerja pemasangan lampu jalan lalu di hadapan kawasan sekolah.

Atas jasa baik,pemandu cren tersebut bersama pembantunya tiada halangan untuk membantu memasang tali bendera pada "buah pir" bagi membolehkan bendera sekolah dinaikkan semula.Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua insan yang baik hati ini yang memasang tali tersebut yang hanya memakan masa 10 minit sahaja .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.