Semasa nyanyian dan ikrar...pengawas berada di hadapan murid
Pengawas tiada lagi di hadapan semasa guru menyampaikan ucapan
Pada 30 Sept 2012,dalam perhimpunan pagi Ahad mulai minggu ini,sebagaimana yang disarankan oleh Tuan Guru Besar,Unit HEM telah memperkenaskan lagi kedudukan pengawas sekolah semasa perhimpunan pagi Ahad.
Pengawas diatur berbaris di hadapan semua murid untuk memimpin nyanyian dan bacaan ikrar.Pengawas lelaki yang kebanyakannya lengkap berpakaian Pengawas diatur di sebelah kanan manakala pengawas perempuan di sebelah kiri.Semasa menyanyi,pengawas akan berdiri tegak dan memimpin nyanyain bersama semua guru.
Apabila selesai nyanyain dan bacaan ikrar,pengawas ini dalam barisan berbaris keluar menuju ke belakang perhimpunan untuk mengawasi disiplin murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan