Pn Dorothy memulakan ucapan
Memberi nasihat kepada murid
Murid yang bersama mendengar ucapan
Antara guru yang turut hadir bersama
Murid dalam perhimpunan
Ucapan terakhir...bersama PK Ko
Murid menunggu untuk bersalaman
Pn Dorothy bersalaman dengan murid
Menanti giliran
Pada 3 Julai 2014,Khamis,Pn Dorothy PK HEM yang akan bertukar ke SK Mak Lagam sebagai PK Pentadbiran telah mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat terakhir kepada semua murid di RKT semasa perhimpunan pagi Khamis.
Majlis yang dipengerusikan oleh PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim,antara lain turut menyatakan PK HEM akan bertukar.PK HEM Pn Dorothy yang berkhidmat di sekolah ini hampir 4 tahun setengah dalam ucapan nasihatnya meminta murid terus menumpukan perhatian kepada pelajaran untuk kejayaan yang cemerlang.
Selain itu beliau juga memohon maaf kepada semua seandainya ada salah silap selama ini berada di RKT.Beliau kemudiannya mengambil peluang bersalaman dewngan hampir 178 orang murid RKT sebagai tanda perpisahan.Turut hadir ialah Pn Norazizan bt Abd Rahman,PK Pentadbiran dan PK Ko En Ruzaidi Ibrahim bersama semua guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan