Selasa, 18 Februari 2014
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN PENYERAHAN WATIKAH PSS RKT DIADAKAN SERENTAK
Pada 16 Feb 2014 Ahad jam 745 pagi,Unit Kurikulum bersama JK PSS telah mengadakan majlis pelancaran Program NILAM dan Penyerahan Watikah Pengawas PSS.Majlis yang bermula dirasmikan oleh PK HEM Pn Dorothy.
Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli,dari Unit BBM PSS dimulakan dengan majlis penerangan tentang NILAM,kemudian disusuli dengan ucapan perasmian dan gimik pemotongan banner NILAM.
Majlis kemudian diikuti dengan gimik bercerita oleh dua orang murid dan seterusnya majlis penyerahan buku NILAM oleh Pn Dorothy kepada penyelaras NILAM Pn Wan Suryani bin Wan Said.
Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan watikah perlantikan pengawas PSS seramai 23 orang dan bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas PSS.Program berakhir jam 815 pagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Kain rentang Hari Kokurikulum Pertandingan Gubahan...Pengakap Naib Juara dengan gubahan tengkolok Gubahan Merak dari Puteri Islam Tuan Guru ...
-
Khemah TKRS Pasukan Puteri Islam Khemah Puteri Islam Pasukan Pengakap Khemah Pengakap Keseluruhan Murid Pada 6 Mei 2010,khamis.Suasana...
-
Meja khas untuk pelawat menikmati minuman Ruamh maklumat dan carta bagi RMT Carta organisasi RMT tersusun rapi Peraturan yang disediakan Per...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan