Selasa, 20 Ogos 2013

UJIAN TAMBAH NILAI MURID UPSR DIJALANKAN DI RKT

 Kenyataan ujian dijalankan
 Murid mula menjawab soalan
 Mohd Aliff Faisal tekun menjawab soalan
 Afiq Daniel bin Zainal...calon 5A 
 Suasana dalam dewan peperiksaan
Calon menjawab soalan BM Pemahaman

Pada 20 Ogos 2013,RKT melalui unit Kurikulum pimpinan PK1.Pn Asmarani bt Abdullah bersama setiausaha Peperiksaan UPSR telah mengadakan peperiksaan Tambah Nilai UPSR yang melibatkan peperiksaan matapelajaran UPSR untuk murid UPSR seramai 27 orang.Peperiksaan yang diadakan ini telah dijalankan secara SERUPA dengan peperiksaan UPSR sebenar dimana semua murid dihimpunkan di satu lokasi dan diberi sedikit tazkirah dan pesanan dan kemudian sama-sama membaca doa.

Murid kemudian masuk ke dewan peperiksaan secara beratur dan duduk di tempat yang ditetapkan sebagaimana UPSR.Guru UPSR yang bertugas diberi peranan mengawasi murid di dewan peperiksaan  agar murid merasakan suasana yang kondesif dalam menghadapi Ujian Tambah Nilai ini.

Pada hari ini,dimulakan dengan ujian kertas BM Pemahaman. yang mana seramai 26 orang murid telah hadir mengikuti ujian tambah nilai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.