Jumaat, 28 Jun 2013

MESYUARAT GURU KALI KE TIGA 2013 DIPENGERUSIKAN OLEH GURU BESAR

 En Nor Azmi,GB RKT mempengerusikan mesyuarat
 Antara guru yang hadir
 PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim
 Tayangan slaid pencapaian murid UPSR
 PK 1 dan PK HEM {Kanan}
 PK HEM membentang aktiviti penggal kedua
 Aktiviti yang bakal dijalankan
 Pn Sabariah...pencatat minit {kiri}
PK Ko membentangkan kegiatan yang bakal dijalankan

Pada Rabu 26 Jun 2013,jam 120 tengahari telah diadakan mesyuarat guru kali ketiga bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan sekolah.Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda telah mempengerusikan mesyuarat yang antara lain membincangkan persediaan menghadapi UPSR,Kegiatan Agama,Kegiatan HEM dan Kegiatan Ko untuk penggal ke dua.

Bersama hadir ialah PK 1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM Pn Dorothy dan PK Ko En Rizaidi bin Ibrahim.Semua guru hadir kecuali Pn salamiah bt Jusoh  dan Cikgu Harun bin Salleh yang berkursus.

PK1 antara lain membentangkan pencapaian OTI1 dan keputusan peperiksaan pertengahan tahun serta program yang bakal dijalankan bagi meningkatkan pencapaian UPSR.SU UPSR Pn Noorazita Razali pula membentangkan aktiviti yang telah dijalankan serta bakal dijalankan untuk murid UPSR.

Selain itu kegiatan Agama juga berperanan untuk memberi keilmuan rohani kepada murid UPSR dengan mencadangkan beberapa aktiviti seperti solat hajat,bacaan yassin dan tadarus al quran.PK Hem pula menyentuh tentang aktiviti Mentoo dan Mentee yang bakal dilaksakan pada penggal kedua ini.

Manakala PK Ko pula menyatakan tentang persediaan yang akan dibuat bagi meneruskan beberapa aktiviti yang dirancangkan pada penggal kedua.Mesyuarat tamat pada jam 330 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.