Ahad, 14 Oktober 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 BERMULA: BERJALAN SEPERTI DIRANCANG

 Peperiksaan yang dijalankan pagi ini
 Murid tahun tiga
 Tekun menjawab soalan
 Murid tahun 4
 Murid tahun 6
Teacher Sabariah mengawasi kelas tahun 5

Pada 14 Oktober 2012,SKRKTST telah mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 melibatkan murid tahun 3,4,5 dan 6 manakala murid Tahun 2 dan 1 pula terlibat dengan PBS KSSR.Bermula jam 8 pagi,murid telah bersedia untuk menjawab soalan yang telah diedarkan iaitu subjek Bahasa Malaysia kertas 1.

Tahun ini,sedikit perubahan telah diadakan di bawah pengelolaan PK1 Pn Asmarani bt Abdullah dari  Unit Kurikulum yang mana soalan-soalan peperiksaan disimpan cermat di dalam Bilik Guru Besar bagi menjaga keesahan dan kerahsiaan soalan tersebut.Hanya soalaan yang terlibat dengan peperiksaan masa tersebut sahaja akan diambil oleh Setiausaha peperiksaan untuk diagihkan kepada guru yang bertugas di dalam bilik darjah.

Penulis sempat membuat tinjauan perjalanan peperiksaan yang sedang dilangsungkan hari ini.Suasana peperiksaan terasa dimana murid tekun menjawab soalan yang disediakan oleh pihak JPNT.Hari ini,4 subjek akan diuji kepada murid iaitu BM2,PAI dan BA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.