Rangka simen yang tinggal
Keadaan rumah yang tinggal
Lima unit semuanya sudah dipunggah
Kawasan luar pintu pagar
Lori menanti untuk membawa keluar kayu yang dipunggah
Pada 26 Mei 2012,Rumah Guru SK RKT Seberang Tayor yang dibina sezaman dengan pembinaan sekolah ini iaitu sekitar tahun akhir 60an,yang banyak meninggalkan nostalgial kepada penghuninya mula dirobohkan apabila rumah tersebut mendapat kebenaran dari JPNT untuk dihapuskan.
Penulis masih ingat lagi pada akhir tahun 90an apabila penulis bertukar ke sekolah ini hinggalah awal 2000,rumah ini masih ada lagi penghuninya iaitu antaranya Cikgu Noorazita Razali,Cikgu Abdul Ghani bin Samad {Sekarang bertugas di PPD Kemaman}Cikgu Nor Azman dari SK Seberang Tayor dan Cikgu Mohd Sharfiza Hashim.Penghuni terakhir ialah Cikgu Noorazita dan Cikgu Nor Azman yang mula pindah keluar dari rumah ini pada tahun 2010-2011 yang lalu.
Dengan usaha yang berterusan oleh Tn Guru Besar En Kamarudzaman Hashim,maka pada Mei 2012,rumah ini telah diluluskan untuk kerja merobohkannya.Kerja merobohkan rumah guru ini dibuat bagi memastikan rumah yang usang ini tidak disalahgunakan dan agar ianya tidak mendatangkan bahaya kepada murid sekolah ini memandangkan pendawainya elektriknya masih ada.
Pada 9 Jun 2012,penulis sempat melihat rangka rumah ini iaitu bahagian simen sahaja yang tinggal,manakala bahagian berkayu semuanya sudah dipunggahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan