Isnin, 21 Mei 2012

MEMBACA YASSIN: AMALAN SETIAP HARI MURID TAHUN 6 2012

 Murid tahun 6 UPSR 2012
 Ustaz Zul mengetuai bacaan Yassin
 Ketua Murid...membaca Yassin
 Suasana dalam kelas bacaan Yassin
Mengaminkan doa bacaan Yassin

Pada 21 Mei 2012,penulis sempat meninjau ke kelas UPSR tahun 6 yang mana program bacaan Yassin yang diketaui oleh Ustaz Zul dijalankan setiap hari.Program bacaan Yassin ini dimulakan seawal jam 720 pagi yang mana murid tahun 6 dan mana-mana ustaz atau ustazah yang bertugas akan hadir untuk memulakan bacaan Yassin bersama.

Selain dari belajar,amalan ini dilihat sebagai satu lagi cara mendekatkan diri dengan kejayaan melalui bacaan Yassin agar ketenangan diri dan keyakinan semakin bertambah selain dari usaha belajar yang dijalankan setiap hari.

Setiap hari bacaan yassin ini akan diakhiri dengan memohon doa dari ALLAH swt agar kejayaan dapat dicapai.Selesai membaca Yassin,disambung pula pembelajaran seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.