Khamis, 2 Februari 2012

TN HJ MOHD ZOR B ALI ,PK1 BERTUKAR KE SK PUSAT

Tn Hj Mohd Zor bin Ali

Pada petang kelmarin,1 Februari 2012,penulis mendapat perkhabaran dari Tn Hj Mohd Zor bin Ali yang beliau diarah bertukar sekolah ke SK Pusat berkuatkuasa pada 1 Februari 2012.Perkhabaran ini kemudian penulis susuli dengan melihat senarai pertukaran dalam blog Unit Rendah JPNT.

Pertukaran Tn Hj Mohd Zor ke SK Pusat bagi mengisi kekosongan jawatan PK1 di SK Pusat kerana persaraan PK1 di sana.Penulis ucapkan TAHNIAH kepada Tn Hj Mohd Zor bin Ali kerana pertukaran ini yang memberi pengiktirafan kepada kerjabuat beliau untuk berada di sebuah sekolah yang bakal dinobatkan sebagai sekolah elit.
Pn Asmarani t Abdullah

Jawatan PK1 yang kosong di SK RKT Seberang Tayor pula melalui pembacaan penulis dalam blog JPNT akan diisi oleh Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM sekolah ini.Sekalong TAHNIAH juga penulis ucapkan kepada Pn Asmarani atas pengiktirafan ini.Penulis yakin melalui pengalaman semasa beliau berada di sini dengan  penyandang semua jawatan PK,sekolah ini akan terus mengorat langkah ke hadapan.

Jawatan PKHEM pula akan diisi oleh En Mohd Asri bin Abdul Rashid dari SK Ketengah Jaya,iaitu PK HEM di sana.Selamat datang penulis dan warga SKRKT ST ucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.