Ahad, 3 April 2011

LAGI KEJAYAAN MURID OLAHRAGA DAERAH


Nor Farhana menerima kalongan medal dari tuan Guru Besar

Pada 3 April 2011, dalam majlis ringkas,Tuan Guru Besar ,En.Kamarudzaman bin Hashim telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada seorang olahragawati dari sekolah ini yang telah berjaya mencipta nama dalam pertandingan olahraga peringkat daerah Kemaman yang di adakan pada pertengahan mac yang lalu.


Murid tahun enam iaitu NOR FARHANA BT MAT RODIN telah berjaya dalam acara 100 meter perempuan bawah 12 tahun dengan menjadi NAIB JOHAN manakala dalam pertandingan 200 meter pula,Nor Farhana telah mendapat tempat ketiga.


Atas usaha gigih Cikgu Mohd Fadzil iaitu S/U Sukan sekolah ini,Adik Nor Farhana akan mewakili Daerah Kemaman ke peringkat MSST Negeri Terengganu.Sekalong Tahniah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.