Ahad, 31 Mei 2015

Ceramah Menjaga Kebersihan Makanan Oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman

Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dengan Kerjasama Unit HEM telah mengadakan ceramah amalan pemakanan yang sihat kepada murid tahap 2. Ceramah telah diadakan pada 28 Mei 2015.













t

Kem Perkasa UPSR 2015

Seramai 6 orang murid SK RKT Seberang Tayor telah terlibat dengan Kem Perkasa UPSR 2015. Kem ini akan dijalankan di SK Seberang Tayor dan berlangsung mulai 31 Mei hingga 2 Jun 2015. Kem ini juga turut menggabungkan empat buat sekolah iaitu SK RKT Seberang Tayor , SK Pasir gajah, SK Air Putih dan SK Seberang Tayor. Semoga anak-anak didik akan mendapat manafaat yang sebaiknya.





Rabu, 27 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

Sambutan Hari Guru 2015 Peringkat Daerah Kemaman telah diadakan di Kampus TATIUC di Telok Kalong. Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Shabery Bin Cheek, Ahli Parlimen Kemaman yang juga merangkap Menteri Komunikasi Dan Multimedia. Terima Kasih Dato' Seri.

Rabu, 20 Mei 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Sekitar sambutan Hari Guru 2015. Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.








Gotong-royong 16 Mei

Gotong-royong telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti kawasan padang sekolah , bilik guru , prasekolah dan kawasan bangunan lama. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa.













Ahad, 10 Mei 2015

Unit HEM Meraikan Hari Jadi

Unit HEM hari ini telah meraikan hari lahir murid yang lahir pada Bulan Mac dan April. Selamat Hari Jadi.





Khamis, 7 Mei 2015

Murid Prasekolah Menjalani Praperkhemahan.

Pada 6 Mei 2015 , murid prasekolah SK RKT ST telah merasai suatu pengalaman baru iaitu telah menjalani praperkhemahan yang dijalankan di padang sekolah. Selain itu , sambutan hari jadi juga diadakan. Cikgu Harun turut menjalankan beberapa aktiviti ala perkhemahan seperti membuat gajet dan ikatan. Semoga murid pra akan mendapat pendedahan awal  kerana pengalaman akan dapat dikutip jika mengalami pengalamian.











Proses Membaikpulih Dan Penyelenggaraan Kesan Banjir Di RKT

Proses membaikpulih dan penyelenggaraan sekolah akibat banjir sedang giat dijalankan . Antaranya mengecat pagar sekolah dan membaiki pagar yang runtuh. Bahagian lain akan dijalankan dalam masa yang terdekat.





Isnin, 4 Mei 2015

Sekitar Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2015

Bermula 29 April hingga 1 Mei 2015 , Unit Kokurikulum di bawah pimpinan GPK KO , Encik Ruzaidi Bin Ibrahim telah menganjurkan satu Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Bagi Tahun 2015. Perkhemahan telah disertai  75 orang murid yang terdiri daripada Pasukan
Pengakap , Puteri Islam dan TKRS.












Sambutan Hari Jadi Murid.