Selasa, 18 November 2014

RKT ADAKAN TEMASYA SUKAN BERSAMA KOMUNITI 2014 KALI KE 29







Pada 6 Nov 2014,RKT bersama dengan Komuniti FELDA telah mengadakan sukan gabungan kali pertama melibatkan warga sekolah dan warga FELDA.Sukan yang diadakan di padang sekolah ini telah mendapat kerjasama dari pihak komuniti yang terdiri dari Pengurusan FELDA,JKKK,JKKR,GPW,Belia dan RELA.

Pelbagai Acara telah dipertandingkan yang mana ianya begitu menarik minat komuniti setempat.Sukan kali ini telah dirasmikan oleh Pegawai Khas YB Menteri Komunikasi iaitu Sdr Mohd Fauzi bin Adam mewakili Ybhg Datuk Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid.

Turut hadir ialah En Jamil bin Abas,Pengurus FELDA,En Halimun Daud Peng JKKK,En Abdul Ghani Samad Wakil PPD Kemaman dan Tn Hj Razali,Peng JKKR.

Sambutan Hari Jadi Murid.