Ahad, 29 Jun 2014

RKT ADAKAN SOLAT HAJAT UPSR MELIBATKAN PIBG DAN IBUBAPA

 Kalangan murid,ibu dan guru
 Guru dan ibu
 Murid lelaki tahun 6
 Nak mula solat
 Murid yang hadir
 Solat Hajat
 Murid tahun 6 nak mulakan solat
 Kalangan bapa dan YDP PIBG
 Ustaz Fakhrul dan Cikgu Zaki
 Murid tahun 6 khusyuk berdoa
 kalangan yang hadir
selesai solat
Ucapan dari Tuan Guru Besar

Pada 26 Jun 2014,Khamis jam 120 tengahari,PIBG bersama pihak sekolah telah mengadakan Solat Hajat UPSR yang melibatkan guru,ibubapa dan murid.Program Solat Hajat ini telah diuruskan oleh Panitia Agama Islam di bawah Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.Seramai hampir 20 orang ibubapa hadir menunaikan solat .

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat Zohor yang diimamkan oleh Ustaz Harun dan kemudiannya  diikuti pula oleh Solat Hajat.Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.

Selesai bacaan yassin,ibubapa diberikan air minuman solat hajat dan sedikit hidangan makan tengahari.Majlis berakhir jam 300 petang.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda  dan YDP PIBG En Zulkifli bin Abd Ghani  serta NYDP PIBg Pn Rohani bin Ismail.

Khamis, 26 Jun 2014

JAMUAN PERPISAHAN USTAZAH PN SITI SARA BT MOHD LATIF DALAM SUASANA SEDIH




Pada 19 Jun 2014,MGK bersama pihak pentadbir telah mengadakan jamuan ringkas majlis perpisahan pertukaran Ustazah Pn Siti Sara ke SK Bukit Kuang yang berkuatkuasa pada 16 Jun 2014.Majlis yang diadakan dalam suasana agak sedih memandangkan keakrafan Ustazah Siti sara dengan rakan-rakan guru di RKT.

Dalam ucapan aluan,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda telah mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustazah walaupun dimana bertugas.manakala  dalam ucapan balas,Ustazah Pn Siti sara menyatakan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada beliau selama ini.

Majlis berakhir jam 200 petang.

RKT MENDAPAT DUA ORANG GURU BARU PADA BULAN JUN

 Ustazah Pn Zurina bt Mustapa
Ustaz Mohd Hamidi bin Mansoor

Pada 16 Jun 2014,SKRKTST telah menerima kehadiran seorang guru agama yang baru yang bertugas di Sarawak.Cikgu Zurina bt Mustafa telah datang melaporkan diri pada 18 Jun 2014 di sekolah ini.manakala pada 20 Jun 2014,seorang lagi guru Agama telah hadir melaoprkan diri iaitu Cikgu Mohd Hamdi bin Mansoor yang bertugas bagi menggantikan Ustazah Zainab yang cuti bersalin.

Kepada kedua-dua cikgu....di ucapkan SELAMAT DATANG.

MURID TAHUN 6 UPSR DIBERI PENDEDAHAN MENJAWAB SOALAN UPSR SAINS 2014

 Sebahagian murid yang terlibat
 Murid mencatat nota
 Penerangan dari fasilitator
 Pn Noorazita turut berada di dalam dewan
 Penceramah dari SK Chabang
Murid menumpukan perhatian

Pada 24 Jun 2014,Selasa bermula jam 200 petang,murid UPSR tahun 6 telah diberi pendedahan cara dan teknik menjawa soalan sains oleh pemeriksa kertas UPSR dari SK Cabang iaitu Cikgu Norazlina.Dalam program ini,turut hadir bersama ialah Cikgu Noorazita bt Razali yang merupakan guru UPSR Sains sekolah ini.

Murid telah diberi pendedahan bagaimana cara menjawab soalan sains dan cara mengenalpasti soalan dan membuat pentafsiran  dalam membantu murid mendapat markah dalam UPSR.Program berakhir jam 400 petang.

PENTAKSIR KAWASAN SUBJEK BM MEMBUAT TINJAUAN UNTUK PLBS UPSR

 Cikgu Khazinah bersama Cikgu Zaki
 Murid yang akan diuji
Sebahagian lagi murid UPSR

Pada 24 Jun 2014,Selasa,sekolah ini telah dikunjungi oleh Pn Khazinah dari SK Binjai  yang merupakan Pentaksir Kawasan BM untuk UPSR.Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Guru BM RKT Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli.

Seramai 10 murid telah dipilih secara rawak untuk dinilaimurni bagi melihat pentaksiran yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.Majlis yang bermula jam 900 pagi dan berakhir jam 1045  pagi.


LAWATAN SI PARTNER UNTUK BERTEMUMESRA DENGAN PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH

Pada 23 Jun 2014,sekolah ini telah dikunjungi oleh Pegawai dari PPD Kemaman dibawah program SI Partner untuk bertemu mesra dengan pihak pentadbiran sekolah.Dalam pertemuan ini,sekolah telah diwakili oleh Tuan guru Besar En Nor Azmi bin Muda,PK1 Pn Norazizan bt Abd Rahman,PK HEM Pn Dorothy dan PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim,manakala SI Partner dari PPD Kemaman ialah Pn Hjh Noraini.

Dalam pertemuan ini,penulis difahamkan ianya berkisar tentang cara pihak sekolah untuk menentukan SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia} dan penentuan markah bagi menentukan penarafan sekolah.Majlis pertemuan mesra ini dijalankan di perpustakaan sekolah bermula jam 900 pagi dan berakhir jam 1200 tengahari.
 Pn Hjh Noraini menyampaikan taklimat
 Perhatian serius oleh pihak pentadbir
 Tn Guru Besar {Kiri} bersama PK Ko
 Pn Hjh Noraini
 Suasana semasa taklimat
PK1 bersama PK HEM

Sambutan Hari Jadi Murid.